Monday, September 5, 2011 | By: Luna Biru

Sehelai mukasurat yang hilang 2



Hari ini, aku tanpa sengaja menemukan kembali sehelai mukasurat dari lembaran diaryku yang hilang sedikit masa dulu....

Ah...aneh sekali rasanya apabila kita bertemu sesuatu yang sengaja kita cicirkan. Pertemuan yang sama sekali tidak disangka itu sedikit sebanyak menganggu emosiku juga. Takdir telah memahatkan sebuah perjumpaan di sini...di suatu ruang yang tak pernah terjangkau oleh akal akan berlaku.

Lalu bertanyalah hati akan sebuah rasa yang pernah ada namun tiada. Berbekaskah kenangan musim lalu untuk menggoyahkan bumi yang telah kupijak kini? Jawapannya tidak. Aku tidak perlu bertanya dua kali pada hatiku atau memberi ruang lagi untuk akalku berfikir panjang untuk mencari jawapan. Jesteru yang ada adalah rasa gembira bahawa melihat dia baik-baik saja dan aman bersama dunianya.

Syukurlah aku tidak punya hutang yang perlu kulangsaikan lagi dengannya.

Dan kamu, kalau kamu masih mampir ke teratak artifak ku ini, kalau kamu sedang membaca ini, ketahuilah, bahawa aku tidak marah lagi ke kamu. Aku cuma memilih untuk diam. Kerana itulah yang terbaik untuk kita.

Selamat ya, pada dunia telepati kita yang berkurun terisolasi dalam ruang selingkup pancaindera.

0 comments:

Post a Comment