Thursday, September 8, 2011 | By: Luna Biru

Syawal ke- 10

Pulang saja dari sekolah, aku terima satu lagi jemputan rumah terbuka dari mantan majikan aku di Sk. Kelatuan, iaitu Cikgu Nining Yahya bin Hajji Abdul Wahid. Beliau bukan saja merangkap guru besar tetapi juga merupakan mentor aku dalam mengharungi dan mempelajari dunia guru yang serba mencabar ini. Dia jugalah yang bertanggungjawab dalam membentuk dan membina karakter diriku sekaligus mencungkil bakat yang ada dalam diriku. Aku begitu menghargainya. 




Kumpulan guru dari Sk.Kuala


Bersama kak Salmah, guru Sk.Kelatuan

Inilah mentorku...Chegu Nining Yahya Bin Haji Abdul Wahid
Dan, di rumah terbuka ini juga aku bertemu dengan seseorang yang pernah mencakar seluruh rasaku sebagai manusia. Syukurlah tiada dendam lagi di hatiku tatkala menatap wajahnya. Namun hakikatnya, jauh di sudut hatiku sudah enggan menerima hadirnya lagi dalam hidupku. Aku sudah membuang semua kisah itu dan tidak ingin mengulang bicara lagi soal yang begitu menyakitkan dan menconteng arang ke muka mulusku ini. Biarlah segalanya kuhanyutkan ke laut mati bersama artifak-artifakku di dalam botol.

0 comments:

Post a Comment