Thursday, September 1, 2011 | By: Luna Biru

Rasuk

Lupa pulak aku nak masukkan entry ni waktu aku tengok filem ni beberapa bulan lepas. Bila aku tengok iklannya di Astro First, baru aku teringat betapa marahnya aku waktu tengok filem ni.

Cessss!!!

Iklan bukan main gempak lagi. Hasilnya sangatlah menyakitkan hati. Buang masa dan rugi duit saja pergi menonton filem ni.

Dari awal lagi kita sudah disogok dengan intro yang agak membosankan. 10 minit yang begitu panjang untuk introduksi. Lakonan pula agak terikat dengan skrip hinggakan jalan cerita menjadi kaku dan ketat. Kemesraan antara suami isteri yang seharusnya nampak real akhirnya tersangkut dengan skrip yang agak kebudak-budakan dan payau untuk didengar.

Jalan cerita pun macam tak logik. Sedari awal penonton diajak untuk merasa takut dengan teknik kamera mengintai dari celah-celah pohon. For sure aku ingatkan ada satu kes yang besar telah berlaku dalam rumah tu yang membawa kepada misteri yang belum dipecahkan. Kehadiran Wak dengan kecacatan dari segi fizikalnya juga agak bermisteri. Melalui kacamata wak buat kita ingin tahu sangat apalah agaknya yang telah terjadi dalam rumah tu sampai wak itu sendiri mengalami trauma yang agak teruk.

Malangnya, pada akhir cerita kita tahu bahawa wak tersebut rupanya pandai bercakap. Lebih malang lagi bila kita akhirnya tahu bahawa kejadian misteri yang dialami tersebut tidaklah terlalu hebat hingga menjadikan keadaan tersebut seburuk itu. Atau mungkin juga sebab pengarah tak pandai nak buat aksi yang lebih tragis untuk menjadikan misteri itu menjadi lebih hebat. Lakonan pelakon favret aku si Iqram pun tak seberapa. Aku rasa kalau tak guna Iqram pun tak apa. Sesiapa pun boleh ambil alih watak dia dalam filem tu. Bagus simpan saja si Iqram untuk filem yang lebih berkualiti. Buat sayang bakat si Iqram saja. Lakonan si Faouziah yang lebih sayangkan rambutnya dari lakonannnya tu pula ada sedikit peningkatan ketika adegan rasuk. Sedikit saja tau! Selebihnya, waktu adegan biasa, dia tetaplah juga manusia yang berwarna 1 kaler saja. Boring! Especially adegan manja-manja dorang. Untung-untung saja si Iqram boleh peluk dia, siap cium dahi lagi. Cess!!! Tak berbaloi sungguh ciuman itu.

Sampai bila indutri filem kita akan terus keluarkan filem yang mengaut untung dari hasil titik peluh penonton yang bergolongan rendah macam aku ni? Adalah tidak adil menghasilkan satu produk yang kurang dari segala serba serbi dan kemudiannya mempublishkannya ke luar untuk dijadikan bahan tontonan dan hiburan kepada orang ramai. Filem adalah satu perkhidmatan yang dibayar oleh penonton. Namun tidak ada jaminan untuk memuaskan hati penonton dan sudah tentu, tak ada jaminan untuk mengembalikan wang kami.

0 comments:

Post a Comment