Thursday, September 8, 2011 | By: Luna Biru

JAMUAN RAYA 4 CEMERLANNG & 5 INTELEK

Hari ni jamuan raya diadakan lagi di sekolah. Kali ni kelas 5 Intelek dan 4 Cemerlang pula. Fuh...memang tak berenti-rentilah makan sepanjang syawal ni.

Paling best kelas 4 Cemerlang yang membawa makanan begitu banyak sampaikan satu sekolah boleh join sekali. Memang hebat pengurusan kelas bebudak ni. Oleh kerana kelas ni adalah kelas si Abe, maka aku cuma sumbangkan kek yang aku buat semalam tu. Kek short cut punya hiasan bab aku memang lemah dalam menghias kek.

Aku turut sumbangkan kek gulung untuk kelas 5 Intelek walaupun aku tak mengajar kelas tu. Bukan apa, aku sayangkan murid-murid di kelas tu sungguhpun dorang tu memang menyakitkan hati.

Kelas 4 Cemerlang

Cikgu Fel dan Cikgu Jue antara yang terawal sampai
Ni murid kelas 4 Cemerlang yang komited buat majlis yang gemilang ni
Aku dan murid perempuan yang manis-manis belaka
Cikgu Anah, guru kelas tahun 4 Cemerlang yang semamangna cemerlang

Kelas 5 Intelek
Wah, hebat langkah Kak min, macam jalan atas red carpet
Welcome to our class! Cayalah, siap buat pintu gerbang lagi

0 comments:

Post a Comment