Sunday, September 18, 2011 | By: Luna Biru

Minggu-minggu yang padat

Bermula minggu depan sampailah ke hujung Oktober aku sudah jadi orang penting lah kali di bumi Papar ni. Ngeh...perasan tul. Jadual aku padat sampai berlapis-lapis mengalahkan kek lapis Sarawak yang aku buat waktu ramadhan hari tu.


Selasa, bermulalah Mesyuarat pemurnian dokumentasi Standard DSV yang berlangsung di Tang Dynasty selama 4 hari. Dalam masa yang sama, bermula Rabu, aku sebenarnya terlibat jadi penceramah DST (Digital Story Telling) yang dianjurkan BTP (Bahagian Teknologi Pendidikan). Tak tahu lagi macamana mau urus keduanya serentak. Sekarang ni aku sibuk pula uruskan pendokumentasian kursus KSSR (akronim google sendirilah) untuk dijalankan sepanjang Oktober. Then, sepanjang Oktober, aku terima pula jemputan jadi penceramah yang menuntut seluruh masa aku untuk jadi penghuni di daerah-daerah asing.

Baiklah. Aku terima semuanya sebagai satu tugas rasmi. Tapi soalnya, macamana pula dengan anak-anak murid yang terpaksa ditinggalkan di kelas di bawah jagaan guru ganti? Kesian guru ganti terpaksa gantikan tugas kita. Tapi, kalau kita tak pergi, siapa pula yang mahu gantikan tugas jadi Jurulatih Negeri ni? Paling kesian, mereka-mereka yang disayangi yang ditinggalkan di rumah. Anak, suami, umi dan keluarga yang terpaksa mengambil alih tugas aku untuk jadi ibu. Syukurlah semua memahami. Tapi hakikatnya, ada rasa bersalah yang menghimpit. Kan ke bagus kalau aku macam isteri-isteri orang lain...

Kepada guru-guru yang bakal mengganti, terima kasih diucapkan. Semoga Allah saja yang dapat membalas keikhlasan hati kalian.

Kepada abang dan Umiku, juga keluargaku, apalagi kata-kata terhebat selain terima kasih?

0 comments:

Post a Comment