Tuesday, April 19, 2011 | By: Luna Biru

Pterygium : Selaput Luar yang menutupi kornea mata...aku mengalaminya!

Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak hari Ahad yang lalu. Balik saja dari pantai, mata aku berair dan merah. Aku ingatkan alergik biasa saja. Tapi bila tengok cermin, rupanya sebuah bulatan kecil berwarna putih telah tumbuh di selaput mata putih aku dan melarat sampai ke anak mata hitam. Panik juga aku dibuatnya. Apa yang tidak bestnya ialah keadaan ini telah menyebabkan kepeningan kepala yang teramat di sekitar depan kepala, dari dahi hingga ke ubun-ubun. 

Jadi, hari ini aku pun pergilah ke Poliklinik Permai untuk mendapatkan rawatan dan penjelasan mengenai kesakitan yang aku alami ini. Penjelasan dari Dokter Poli yang lawa tu benar-benar mengejutkan aku. Dia mengesahkan bahawa kesakitan ini adalah sesuatu yang digelar Pterygium dan perlu menjalani minor operation segera. Nak tahu apa benda Pterygium tu, karang aku explain. Dokter tu suruh aku balik ke hospital untuk buat rawatan lanjut dan percuma (sebab aku ni kan orang kerajaan. Kalau nak buat di swasta pun boleh tapi mahal oooo). Ok, sekarang jom kita baca apa itu Pterygium.

Apakah pterygium?
Pterygium adalah suatu penyakit mata yang ditunjukkan dengan adanya pertumbuhan di lapisan luar (conjuctiva) bahagian putih mata. Pterygium adalah pertumbuhan fibrous berbentuk selaput tipis dari jaringan bahagian putih mata dan mengalami pembesaran ke arah kornea.

Siapa yang mengalami pterygium?
Mereka yang sering bekerja di bawah cahaya matahari UV Rays atau penghuni di negara tropika. Sebab tu kaum nelayan, petani dan buruh kasar sering mengalami penyakit ini. Faktor lain termasuk wap kimia, asap, debu dan benda-benda lain yang terbang masuk ke mata. 

Simptom? 
Mata akan terasa tidak selesa, merah dan berair, pening kepala, silau matahari dan cahaya disebabkan oleh pembuluh darah di bahagian mata yang membengkak. Mata juga akan terasa kering dan berpasir. Bila mterygiuk semakin membesar dan merebak, ia boleh menyebabkan astigmatisma dan silau apabila melihat cahaya. Ada pterygium yang tumbuh perlahan dan ada juga dengan cepat bergantung pada cara hidup. Bila pterygium sudah sampai meliputi bahagian tengah kornea (anak mata), penglihatan akan menjadi kabur.

Cara rawatan?  
Jauhi sinaran terus pada cahaya matahari. Gunakan kacamata yang boleh menangkis kuasa UV Rays serta ubat titis mata. Pembedahan juga merupakan jalan terbaik. 

Kalau pterygium sudah sampai ke tahap yang boleh menyebabkan kekaburan mata, ianya lebih baik dikeluarkan melalui pembedahan kecil. Dokter akan mengambil lapisan conjunctiva dari bahagian mata yang sihat dan menampalkannya di bahagian ptergium yang telah dikeluarkan. Prosedur ini dipanggil Conjuctiva Graft. Teknik graft ini dilakukan untuk membolehkan kadar pertumbuhan semula pterygium dikurangkan sebanyak 6 kal ganda.  
Setelah pembedahan dilakukan, pesakit akan diberi ubat titis sterois untuk beberapa minggu untuk mengurangkan radang dan mengurangkan pertumbuhan semula. Pembedahan ini akan berlangsung selama setengah jam atau lebih bergantung pada tahap keseriusan penyakit.  

Selepas pembedahan, mata akan dibalut untuk 24 jam untuk membolehkan permukaan mata sembuh. Bila balutan ini dikeluarkan, anda boleh melihat semula tetapi ada kemungkinan mata akan kadang-kadang berair dan ini menyebabkan kekaburan mata sementara.


Pterygium yang sudah memasuki anak mata (ni tahap aku sekarang-lebih kuranglah)

Sebenarnya, aku pun tak tahu dari bila benda ni mula menyerang mata aku. Apa yang aku tahu, keturunan aku dari nenek moyang dulu semuanya mengalami kebutaan secara tiba-tiba. Tapi waktu tu dunia belum canggih lagi,jadi tidak ada penjelasan saintifik mengenai faktor kebutaan mereka. Mungkin mereka juga mengalami gejala yang sama. 

Satu hal yang aku tak puas hati ialah, penyakit ni selalunya terkena dengan nelayan dan petani serta buruh kasar yang terdedah pada matahari. Aku ni cikgu saja. Kerja pun dalam kelas. Takkanlah aku baru ke pantai sekali dua (tu pun tak sampai  2 jam), sudah terkena penyakit ni. Cousin aku yang hari-hari berjualan makanan di pantai tu ok ja pun....Rasanya hari Sabtu tu, mata aku clear lagi, tiada apa-apapun penambahan selain makin lawa. Huhu...

Tapi mungkin juga sebab sejak dari awal tahun ni, hidup aku lebih tertumpu pada aktviti padang semata-mata. Bermula dari kawat, lepas tu bola baling. Aku rasa sejak bulan February sampailah ke minggu lepas, aku asyik ada di padang saja. Tapi, bukannya lama pun, 2 jam sehari saja. Hish...tak puas hati betul.

Lagi satu, dokter cakap tahap pterygium ni mengambil masa yang lama untuk tumbuh,bahkan untuk 1mm. Tapi yang aku ni, tetiba saja sudah membesar dan hampir menutup kamera mata aku. Dua-dua belah mata pulak tu. Ni pun aku tak puas hati ni. Dokter kasi temujanji dengan pakar dua minggu dari sekarang untuk rawatan lanjut. Kemungkinan akan dibedah. Oh tolonglah...aku paling takut benda yang namanya bedah-bedah ni. Aku ingat nak buat alternatif lain seperti rawatan Permata Hijrah. Manalah tau...Insya Allah...


....barangkali sudah tiba masanya Allah memberi amaran sebelum menarik kembali anugerah penglihatan yang dipinjamkannya selama ini untukku...


Aku masih perlukan mataku untuk anak-anakku....

18 comments:

Naughty said...

dear,so how ur eyes now?

Luna Biru said...

getting worst...huhu

Hijau Aromatherapy said...

salam riney...

Saya Riz,
sya nk tanya lebih lanjut mengenai mata riney to boleh?.. saya bukan doc, cume sya pun mengalami masalah yg sama seperti riney.

tlg emel saya pls

emel_baru_saya@yahoo.com.my


salam

Kanchong KITCHEN said...

Salam riney..sye sabrina... Sye ada penyakit yg sme dgn awak la...pterygium...im very100 worried....awak buat operation ke?? Ke awak try permata hijrah? Mcm mne dgn keadaan mata awak sekarang?? Kes awak sebijik sme dgn saya..dgn tetibe benda tu tumbuh...plz help me.... U rep to my email boleh?? sabrina.shahri@yahoo.com PLEASE HELP ME

aswanism said...

oh thanks sbb share link truskemata di sini..syukran jazilan :)

Anonymous said...

Salam riney,sy ina salah seorg pesakit pterygium..saje nk bekongsi pengalaman....bln okt br ni sy wat minor operation kasi buang selaput,tp sy dimaklumkan olh dktor kebarangkalian 4-5 bln selaput tu akan tmbh balik...sadly,baru2 ni (bln dis) dktr bgtau selaput tu aktif semula :-(

Luna Biru said...

Terima kasih pada semua respon di atas. Maaf sebab lambat membalas pada yang telah bertanya lebih awal.

Berkongsi sedikit perkembangan mata saya: saya tidak menjalani operation tapi telah mengamalkan beberapa perubatan alternatif. Salah satunya ialah Permata Hijrah.

Alhamdulillah, penyakit ini dapat sembuh meskipun bukan sepenuhnya. Apa yang saya dapati ialah, petumbuhan semula akan berlaku dengan cepat bergantung kepada cara hidup kita sendiri. Elakkan dari terdedah kepada cahaya matahari secara direct. Gunakanlah spect yang mempunyai ultra UV.

Kekerapan yang lama menghadap sinar laptop juga menambah percepatan penyakit ini.

Sekarang saya mengamalkan minum pati ayam brands dan jus prune serta lobak merah.

ana syana said...

salam..saya cikgu jugak..waa memang sama kes kita...hurm ada orang petua minum rebusan sirih cina

Rin said...

saya pun mngalami perkara yg sama..Permata al-hijrah yg awak guna tu btl2 berkesan ka?

~ Nur Firdaus ~ said...

assalamualaikkum...
saya seorg student & bakal mngambil exam 1 minggu je lg..
tp mata sblh kiri sy spt berpinar..
kwn sy kata khuatir selaput sbb ayah nya pun begitu juga dlu..
adakah ape yg sy alami ini merupakan tanda awal selaput?
sy ingin tahu punca sbnr spt sy seorg student jd nya selaput mata ini...
sy rasa sgt risau..

Luna Biru said...

Firdaus, jangan abaikan masalah kesihatan mata. Lebih baik awak berjumpa dgn doktor optometri untuk kesahan gejala penyakit mata awak.

Anonymous said...

salam...sy nk bertanya tntang penyakit tersebut.sy pon kj opis.tapi dapat penyakit ni....tolong reply email sitisolehahmatisa@gmail.com

Anonymous said...

Boleh cuba toner mata Ainun Beauty..insyaAllah berkesan merawat masalah mata anda seperti rabun, silau,katarak,pytergium,dll..
untuk maklumat lanjut blh ke fb sy fadilah binti mahadi ,page : rawat mata anda @ whatsapp 0179011736.
sy sedia membantu.. teri a kasih

Anonymous said...

Saya baru selesai menjalani pembedahan membuang selaput pytergium dan menampal tisu yg telah dibuang dgn tisu yg elok. Pembedahan dibuat di hospital swasta dan kos keseluruhan menelan belanja hampir rm7800 termasuk kos bius, kemasukan wad selama 3 hari, 2 malam, medical checkup (meliputi ecg, darah dan x-ray). Tp semua kos tu bkn menggunakan duit poket sendiri tp saya pindahkan keseluruhan kos tersebut kepada syarikat insuran yg saya masuki.

Unknown said...

salam nk tnye klu oprate mata tu ada la bius kan?.. sy pon kena oprate sok..huhu

Unknown said...

salam..sy nk tnye ada bius x oprate ni?

Unknown said...

Mana nk dapatkan produck permata alhijrah ni sebab mata saya sama seperti yg di alami puan, tapi xpernah sakir hanya kadang peradangan lalu timbul tompok mirah

Unknown said...

Boleh tau tak, lepas operate mata tu sakit tak?

Post a Comment