Thursday, September 1, 2011 | By: Luna Biru

Syawal ke-3

Hari ni cuma satu ruma saja yang kami lawat sebab terdesak dengan mainan masa. Petang ni Umi dan Anis akan bergerak ke Lahad Datu jadi, tak boleh raya lama-lama sebab Anis belum packing lagi.

Rumah yang kami lawat hari ni ialah rumah wajib yang memang akan kami kunjungi tiap-tiap tahun. Dorang ni sudah macam saudara sendiri. Dorang ni lah dulu yang jaga Anis dari umur dua bulan sampailah dua tahun. Dorang tinggal di Kg. Melagui, Kelatuan,Papar. Memang best family ni. Ceria dan ramah sentiasa. Pas tu, tahun-tahun tak pernahnya missed kasi anak-anak aku duit raya. Si Anis kompom dapat duit lebih berbanding adik-beradiknya yang lain.

Pose paling manja aku dan Anis. Sama-sama purple
Acik kekenyangan makan lemang
Waktu ni kami tengah gelakkan Abe yang pitutan a.k.a katut mata
Ade happy sangat dengan suasana kampung

Dulu cuma Anis saja baby di rumah ni. Tapi sekarang sudah bertambah ramai.  
Sebuah persaudaraan yang tercipta dengan keikhlasan
Inilah makcik yang jaga Anis dulu tu. 


0 comments:

Post a Comment