Sunday, September 11, 2011 | By: Luna Biru

Catatan seorang rakan 2





Aku membaca entry sahabat onlineku ini berulang-ulang. Entah kenapa tak sedikitpun aku merasa bosan. Setiap bait bahasanya adalah rentak jiwanya. ekspresi lagu sedih dan bahagianya. Dia buat aku ternanti-nanti apalagi episod seterusnya meski sahabatku ini bukanlah penulis tegar blognya sendiri. Entry terakhirnya dicatat pada tanggal 3 September. Itupun, berselang seminggu, atau malah lebih, selalunya.

Aku tertanya-tanya bagaiamanakah dia menempuh alam baru di sekolah baru di dunia barunya. Mimpinya termakbul hari ini. Aku pasti dia akan menjalaninya seunik kehidupannya. Aku terbayang pula saat dia mendaftar di meja senior-senior yang sedang mencari-cari siswi baru untuk dijadikan calon-calon. Lalu, aku membayangkan lagi dia menyorong bagasi seperti peserta AF yang kalah sambil membawa baldi dan gayung di tangan kirinya. Di celah ketiaknya pula tersepit fail-fail yang perlu dibawa sepanjang minggu orientasi sementara di lehernya pula sudah dikalungi dengan kad matrik yang pelik-pelik desainnya. 

Lalu, saat malam menjelang, ketika matanya hampir tertutup tapi tak mahu juga. Dia pasti membawa airmatanya terbang kembali ke rumah bersama ibu,ayah dan adiknya. Membayangkan bahawa ada yang harus tinggal dan ada yang harus pergi, pasti membuatnya sedih lagi lalu mahu jadi kuat lagi. Hingga tanpa sedar, alarm jam sudah berbunyi tanda harus bangkit memulakan dunia siswi yang baru, tanpa dia benar-benar pasti adakah dia tidur atau jaga. 

Terakhir, imaginasiku membawa lagi pada suatu detik dia mulai jatuh hati pada sang adiwira yang entah apa karakter impiannya. Siapapun panglima itu, aku cuma berharap agar lelaki itu benar-benar layak untuk gadis sekuat dia, secekal dia dan semanis dia. Dia pasti akan melalui satu kehidupan yang macam-macam karenahnya. Tidak lama, 4 tahun saja. Selepas itu, suatu kehidupan baru pula menantinya. Ya...sama seperti kitaran hidup seekor ulatlah...

Aku ingin sekali menunggu dia menjadi rama-rama yang indah...

...maaf, aku tak berhak mengulas tentang hidupmu. Hanya saja kau kelihatan begitu istimewa di mataku...

2 comments:

shafizah said...

akak lawaklah saya baca lagi2 part 'adiwira' tu. hahah, ada2 je akak. orientasi da habis, hari ni start kelas. betullah sekolah tak sama macam u. pening kepala sebab semua registration subjek kena buat sendiri. jadi sedikit sibuk. insyaAllah akan selalu blogging bila ada masa. ok ^_^

Luna Biru said...

haha...ko tengoklah nanti....

Post a Comment