Saturday, September 10, 2011 | By: Luna Biru

Catatan seorang rakan

Membaca entry seorang rakan buat aku terpana seketika. Ah...lugu kuingat masa lalu yang begitu hampir dengan kisahnya. Pasti sayat hatinya kala ini. Atau terkesima dengan makna sebenar hidup. Namun,begitulah hidup.

Aku masih ingat saat usiaku seremaja dia. Saat remaja-remaja lain lelah mencari tawa dalam dunia seandil bahagia, aku malah tersuruk dalam dunia yang tak berapa kukenal kancah seginya. Bagasi-bagasi tanggungjawab dijinjing di atas pundak mudaku hingga aku lupa bahawa aku adalah remaja yang layak ketawa terbahak di kaki lima hipermall. Saat gadis seusiaku menyarung t-shirt berjenama mahal ke badan, aku sudah mula menyarung pakaian yang di dadanya bertulis tanggungjawab. Aneh benar sempadan antara dunia pelajar dan dunia nyata. Rasanya macam baru kelmarin aku memakai uniform putih dan biru muda.

Aku hanya berharap agar sahabatku itu tidak terkejut dengan dunia barunya.

0 comments:

Post a Comment