Monday, September 19, 2011 | By: Luna Biru

Kerja baru

Baiklah.

Berkenaan kerja-kerja semalam sudah pun dapat diuruskan dengan amat baik dan sempurna sekali. Pagi-pagi lagi aku sudah serahkan CD cetakan untuk di'bakar' dan kemudiannya diedarkan kepada peserta kursus KSSR minggu depan. Bahan presentation pun sudah disiapkan. Yang penting, dari pihak aku, semuanya setel. Tinggal lagi bahagian admin untuk uruskan bahagian dorang.

Itu sudah selesai. Syukur Alhamdulillah. Amin...

Tapi, yang baru menyusul begitu aku baru menarik nafas lega.

Pertama, Program 'MARI KITA BUNUH AEDES' yang akan dijalankan pada 24 Sept ini nanti. Dan kedua, PROGRAM PELKASANAAN SELEPAS UPSR yang perlu diselesaikan secepat mungkin sebab budak-budak tahun 6 sudah mula ghairah meraikan honeymoon mereka.

Aku tahu macamana mau selesaikan keduanya. Soalnya, macamana aku nak handle keduanya sedangkan dalam masa yang aku terlibat dengan perkara 1 di atas?

Hmmm...fikir-fikir dulu. Jangan pula entry ku ni jadi kontroversi lagi. Maklumlah sudah ada spy...

0 comments:

Post a Comment