Sunday, September 18, 2011 | By: Luna Biru

Selamat malam....

Baiklah.

Untuk malam ni, semuanya sudah dapat diselesaikan setelah berhempas pulas mengerah otak dan mata sejak kelmarin.

Syukurlah.

Dan, oh...lingkaran hitam bawah mata dan sembab di atas mata sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Itu konsekuensinya atas jerih payah. Mudah-mudahan concealer boleh bantu tutup kecacatan ni besok pagi. Besok? Ah...sekejap lagi rupanya... sekarang pun sudah bermula hari yang baru.

Fine. Cukup dulu. Pagi nanti mesti bayar bil broadband kalau mahu terus guna perkhidmatan ni. Jumpa lagi di kurun besok. Selamat malam dulu buat hari ini.

p/s : kesian anak-anakku langsung tak berpeluang mau bermanja-manja dengan mama-nya semenjak dua menjak ni. 

0 comments:

Post a Comment