Wednesday, September 14, 2011 | By: Luna Biru

Sendu

Orang-orang selalu bertanya mengapa aku bersedih? Eh, kenapa ya? 
Soalnya aku tidak sedang meratapi apa-apa. Hanya saja beginilah wajah yang sudah Tuhan tentukan untuk aku; sebuah wajah yang tersedia berlukis sendu. Mungkin umi melalui fasa yang kurang menyenangkan sepanjang tempoh mengandungkan aku, makanya emosinya itu tanpa sedar jatuh ke wajahku. 

Mungkin sajalah. 

Mana aku tahu. Soalnya aku sudah malas ditanya soalan yang sama berulangkali. Anak muridku pun selalu bertanya soalan yang sama;

"Kenapa teacher sedih?"

Kenapa ya?

Perlu kucipta cerita supaya senang hatimu?
Atau kukatakan bahawa memang inilah takdir untukku? 
Soalnya, lama-lama, soalan itu mula meresahkan bila ada undangan spekulasi yang mula menjahili entah apa-apa. 

2 comments:

SweetuAtie said...

salam akak...nice blog la...suka baca entry akak..I'm follow ok..(^_^)

Luna Biru said...

atie...welcome...

Post a Comment