Friday, September 23, 2011 | By: Luna Biru

Majlis penutupan Mesyuarat DS

Majlis penutupan Mesyuarat DS
Hari ni adalah hari terakhir Mesyuarat Pemurnian DS Tahun 3 dan 4. Aku tak sempat mau update perjalanan meeting dari hari pertama lagi atas sebab kepenatan dan kesibukan. Apapun, mesyuarat yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ni berlangsung dengan sempurna. Cuma, kelemahan pengurusan pihak hotel dalam menyediakan keperluan asas saja yang mencacatkan keadaan.
Mesyuarat kali ni mencatat sejarah bila aku menjadi peserta kursus paling pasif dan pendiam. Entahlah...ada sesuatu yang men'trauma'kan aku hingga aku tak mampu jadi diri aku sebelum ni. Yang pasti, aku rindu betul waktu di bawah pimpinan Encik Nizam. Sampaikan waktu terima sijil, aku dengar ada sindiran yang mengatakan aku dapat sijil tanpa membuat apa-apa kerja. Merah juga telinga aku nih.

Baiklah. Ini adalah sedikit perjalanan hidup aku sepanjang hari ni dari awal sampai ke akhir mesyuarat. Ceh...macam laporanlah pula bunyinya,kan?


SARAPAN PAGI
Sarapan bersama Seniman Aziz Sattar. Ceh...ngada-ngada. Padahal, kebetulan terjumpa. Hehe...Memang hebat Pak Aziz ni, langsung tak sombong. Dia pula yang pergi tempat kami untuk bergambar. Bukan sorang pulak tu yang bawa begambar. Kesian Pak Aziz penat sudah dia senyum-senyum.
Yang ni seniman Tawil. Maaf, tiada informasi yang aku ketahui tentangnya. Jahatnya aku...kata peminat filem melayu. 
Masa ni sudah masuk dewan untuk kembali bermesyuarah
Artist yang penuh seni 
Ahli panel mesyuarat Kak Nab, Marzuki dan Saharuddin
Majlis Penutupan dipengerusikan oleh Puan Shahaliza dan dirasmikan oleh Encik Nizam
Ahli panel mesyuarat. 
Antara karya yang dihasilkan

Ni pula time tea break sempat lagi possing-possing manja
Bersama Uchu Sue si Jelapang Kasih a.k.a si Artipak. Haha...
Aku yang kontrol ayu ala-ala anggun. Biji mata tatap berkilat-kilat
Possing yang sama tapi diambil dengan dua kamera yang berbeza. Itulah bezanya kamera mahal ngan kamera cikai.
Majlis Penutupan & Penerimaan Sijil
Penerimaan sijil sebagai ahli panel meeting paling senyap
Apalah Nazim ambil gambar kabur-kabur. Ni aku ngan Babra. 
Ni yang aku malas bergambar dari angle atas ni. Ni Zul punya kerja lah ni.  Apalah ko Zul tak pandai carik angle
Gambar selepas ni adalah koleksi peribadi aku. Saja-saja aku post kasi meriah blog aku. Hehe...
Ni baju aku mau kasi jeles sama kawan aku si Melati
Peace la kunu....
Atookui!
Kalau korang sedar dari pix awal, aku 3 kali tukar tudung.
Hehe...susah mau cari tudung yang match ngan baju ni.
Last-last aku g beli di kedai tudung di ground floor Wawasan Plaza. Nama kedai tu aku tak ingat. Tapi betul-betul depan hotel. Cantik-cantik tudungnya dan of course, murah. 
Majlis ditutup pada jam 11.30 pagi. Maka, berakhirlah mesyuarat yang sebenarnya sangat penting ni. Malangnya, aku bukan sebahagian dari kepentingan itu. Hanya sekadar penyumbang kepada kehadiran menyukupkan korum.

Kami check out jam 1.30 tengahari. Mau tau apa aktivit selepas ni? Sila klik sini....dansini....

0 comments:

Post a Comment