Saturday, September 17, 2011 | By: Luna Biru

Salah siapa?

Kalau anak-anak gila berfacebook, salah siapa?

Kalau kerana facebook anak-anak tau memaki, salah siapa?

Kalau kerana game online, anak-anak tak tau lagi hormat orang tua, salah siapa?

Kalau kerana internet, anak-anak tak mahu lagi mendengar kata, salah siapa?

Kalau kerana teknologi, anak-anak sudah tak kenal tanggungjawab, salah siapa?

Ah...perlulah menyalahkan?

Salahkan teknologilah, kan senang. Siapa suruh cipta?
Dulu-dulu memanglah budak main polis n thief sebab tiada komputer. Kalau dari dulu ada komputer, aku rasa tu mainan pun nda kan wujud di dunia.

Haha...itu sakastiknya.

So, come on. Wake up parents!
Perlukah jari telunjuk diluruskan ke muka kita baru kita sedar bahawa ketagihan internet sebenarnya bermula dari kesilapan kita mendisiplinkan anak?

Bila pula kita mahu menyedari bahwa ketagihan internet sudah membuang etika dan susila yang sepatutnya mewarnai dunia anak-anak kita? Sampaikan saudara mara datang pun tak mahu disalam lagi. Sampaikan tahu memaki mencerca malah menggunakan kata-kata yang tak pernah kita ajar dan ucapkan.

Sampai bila kita mau biarkan anak-anak kita tenggelam dengan dunia khayal sampai tak kenal tanggugjawab? Sampaikan mak cakap depan mata pun tak didengar lagi. Sampaikan adik jatuh depan mata pun tak dikisahkan lagi.

Jangan sampai terlewat baru sedar.

0 comments:

Post a Comment