Thursday, September 8, 2011 | By: Luna Biru

Jamuan 4 Intelek & 3 Intelek

Kelmarin pulak jamuan hari raya diadakan di kelas 4 Intelek dan 3 Intelek. Aku merupakan guru pembentu bagi guru kelas 4 Intelek, Cikgu Fendy. Tak bagus sangat pengurusan dan planning bebudak ni untuk majlis dorang ni. Mulanya perancangan bukan main lagi. Masing-masing mau bawa itulah, inilah. Tapi bila sampai harinya, yang ada cuma minuman bekarbonat berbotol-botol dan biskut raya. Sumi jelly manis pun ada. 

Punyalah aku panik bila tengok hasil makanan yang dorang bawa tu. Mula-mula memang rasa macam mau marah tapi bila fikir-fikir balik, buang masa saja aku mau marah dorang ni. Bukan salah dorang pun. Mungkin kerjasama dari ibubapa kurang menyebabkan hal-hal macam ni berlaku. Kesian pulak aku tengok dorang agak kecewa bila hampir satu kelas bawa menu yang sama, iaitu biskut raya. Nasib baiklah aku bawakan cup cake jadi, meriah sikit menu makanan dorang ni. 

Akhirnya, aku dan Fendi pun turun tangan dengan mengkater makanan dari kantin. Bolehlah...

Kelas 4 Intelek




Murid 4 Intelek yang mula bersalah-salahan 

Dayang jadi emcee


Kelas 3 Intelek




0 comments:

Post a Comment