Monday, April 18, 2011 | By: Luna Biru

Kum-Kum The Series : Kekhurafatan yang melampau.

Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia akan menghantui malam anda pada setiap Selasa,jam 9.30 bermula  pada 12 April 2011 di saluran 104, Astro Ria. Drama ini akan berlanjutan selama 13 episod. 



Sinopsis Kum Kum The Series : Mengisahkan Mawar (Marsha Londoh), seorang gadis yang kurang keyakinan diri dan sangat percaya akan dunia ilmu hitam. Mawar sangat benci terhadap seorang gadis yang cantik dan agresif bernama Shikin (Elfira Loy) kerana mereka berdua berusaha untuk merebut cinta seorang jejaka kampung yang tampan, sopan-santun dan berbudi bahasa bernama Yusof (Sharnaaz Ahmad). Pada satu hari, Mawar pergi berjumpa Mak Hitam (Didie Alias), seorang ahli sihir yang jahat untuk menjadikan dirinya lebih cantik dan menawan. Oleh kerana Mawar melanggar larangan bomoh, Mawar menjadi buruk dan dahagakan darah. Untuk memulihkan dirinya, Mawar terpaksa meminum 44 darah perawan.

Drama bersiri terbitan Michael Ang ini akan bersiaran selama sejam dan mempunyai 13 episod. Mawar disuruh untuk mencari sebanyak 21 darah perawan dalam masa 40 hari jika Mawar ingin kembali ke wajah asalnya. Bermulalah pembunuhan kejam Mawar yang mementingkan diri sendiri demi menebus semula syarat yang telah dilanggarnya yang membuatkan Mawar kelihatan buruk dan hodoh.

Pada satu hari, Mawar telah didatangi oleh roh gadis yang dibunuhnya itu. Gadis itu mahu tahu apa kesalahan yang telah dilakukan hingga Mawar bertindak kejam. Mawar tidak sempat menjawab apa-apa kerana pendamping Mawar telah mengusir roh gadis tersebut.



Kum Kum The Series : Dari kacamataku


Aku memang penggemar cerita seram. Aku masih ingat kecik-kecik dulu aku sampai nak terkencing tengok filem Sondel Bolong lakonan Suzana. Bila dah tua-tua ni aku teringin betul rasa takut yang menggegarkan kepala lutut macam tu. Tapi yang silapnya cerita ini bukannya filem seram hantu, tetapi lebih kepada siri cerita tahyul yang percayakan magis ilmu sihir. 


Terkedu juga aku menonton drama ni. Terlalu jauh menyimpang dari ajaran Islam, itu satu hal. Yang aku pelik, semakin maju dunia, semakin galak pula kita membuat filem-filem yang tidak memartabakan dunia filem kita ini. Aku rasa, benda karut marut ni tak perlulah diexposekan sangat sampai ke tahap belambak-lambak macam ni. Tayang sikit-sikit sudahlah. Aku rasa Indon pun tak lagi buat filem macam ni. Kita pulak yang lebih2. Lainlah Thailand, yang memang dah terkenal dengan sihirnya. Takkanlah kita pun nak dikenali dengan benda tu kan? 


Hakikatnya, drama ni memang mengesankan, baik dari segi penceritaan,olahan, perwatakan dan pengarahan. Tapi itulah...kekhurafatan itu...terlalu menakutkan. 


....Yang baik datang dari Allah, yang buruk jua datang dari kita. Amin...


http://www.enciknakal.com/2011/03/sinopsis-cerita-drama-kum-kum-series.html
http://www.tengkunizam.com/2010_05_01_archive.html

0 comments:

Post a Comment