Hari ni pergi open house rumah Noy, kawan aku. Sebenarnya, aku agak teruja tengok rumah Noy yang ala-ala Inggeris ni. Semua design rumahnya penuh dengan tema bunga rose Inggeris yang begitu menggiurkan untuk dimakan. Haha...adake orang makan bunga? Tapi Noy cukup beruntung kerana diberi peluang sepenuhnya oleh suaminya untuk berkarya sesuka citarasanya. Kalau laki akulah...takde chance lah aku nak buat rumah yang gemapk giler cam ni. Pegh! Memang cayalah ko Noy!
Tapi pasal aku datang awal sangat walaupun jemputan sepatutnya bermula jam 1p.m, jadi tak dapatlah aku rakamkan gambar aku sama si Noy. Aku datang dia masih lagi sibuk memasak. Aku sempat ambil gambar sama ibu mertuanya yang sporting tu saja.
So freinds...jom kita terjah ruang tamu si Noy ni...
|
Ceh...aku rasa macam Datin2 pulak duduk di kerusi mewah ni. |
|
Yang ni bukan si Noy k...tapi ibu mertuanya, Babu Itam, taukeh biskut kering tradisional
paling femes di Papar |
0 comments:
Post a Comment