Monday, September 26, 2011 | By: Luna Biru

Susulan sebuah refleksi

Ini adalah susulan kisah yang telah kubingkiskan di entry ini.

...dan hari ini adalah kemuncak pada semua itu. Kemuncak sekaligus penamat
Kukira aku dapat memujuk sedikit kedegilan hatiku agar jangan memanjangkan perkara ini. Aku benar-benar berharap agar hatiku yang batu ini mahu diajak berkompromi supaya membiarkan saja semuanya berlalu. Namun, nyatanya apa yang berlaku di pagi hari telah menemukan aku kepada satu jalan yang titik. Nol. Dan ya, sekali lagi aku dipaksa untuk membuat keputusan yang menyakitkan untuk kuterima.

Sungguh aku merasa sangat terkilan dengan kejadian ini. Alangkah daifnya bahawa seseorang yang kuharapkan dapat membersihkan namaku ternyata juga memilih untuk mempersalahkan aku. Alangkah naifnya pula bila sebuah kata-kata telah semakin menjerumuskan aku pada malu yang lebih memalukan. Meskipun dia telah menjelaskan bahawa kata-kata yang pahit itu bukan untukku, tapi penterjemahan manusia itu berbeza pula sifatnya. Aku masih belum buta untuk menangkap betapa puasnya sepasang mata di hadapanku mendengar kata-kata itu. Ya. Apapun istilahnya, sebuah kata-kata itu telah terlanjur disalah terjemah.

Konsekuensi pada semua ini?

Mudah saja.

Penghijrahanku berakhir di sini. Tak sangka pula begitu cepatnya aku akan berhijrah lagi. Ya. Apalagi yang perlu kutunggu di sini?

Semoga keputusanku ini menggembirakan hati semua pihak. Amin.

"Benih yang baik dibuang ke laut menjadi pulau, di buang ke darat menjadi menjadi bukit"

0 comments:

Post a Comment