Hari tu, 7 September 2011, maka genaplah usia anak ke-4 ku si Acik 8 tahun. Syukurlah si kecil yang selalu sakitan ini dulu kini sudah membesar dengan baik dan sejahteranya.
Makanya, untuk sambutan ulang tahunnya yang ke-8 kali ni, aku pun merancang untuk membuat sesuatu yang lebih baik dari sebelumnya. Aku plan mau buat majlisnya di kelas sekaligus meraikan sambutan hari raya aidilfitri. Tak banyak yang dapat kurancang untuk menjadikan acara ini menjadi lebih baik lantaran kesibukan masa. Aku cuma mampu siapkan kek cawan untuk menggantikan kek harijadinya sebanyak 200 biji. Aku cuma harap, Acik tahu dan sedar bahawa aku sangat sayangkan dia meskipun aku jarang punya kesempatan untuk cakap dan tunjukkan perasaan aku pada dia. Ok, kali ni bukan sebab aku tiada masa atau sibuk. Tapi sebab sikap Acik yang kepala batu selalu buat aku tak sempat mau sayang dia. Bila kami bercakap saja, kompom bergaduh. Acik ni memang lain dari adik-beradiknya yang lain. Dia agak degil dan suka memberontak. Kadang-kadang, aku pun tak tahu apa yang membuatkan selalu jadi resah tanpa sebab. Acik juga selalu bandingkan dirinya dengan orang lain dan selalu menuntut sesuatu yang lebih besar dari aku. Lebih dari itu, dia selalu anggap aku tak sayangkan dia.
Ah...kalaulah seorang anak tahu akan hati seorang ibu!
|
Kek cawan berintikan blueberry dan coklat yang aku sediakan untuk majlis Acik |
|
Marha yang sporting dan memang best jadi emcee |
|
BFF Acik |
|
Ustazah Asiah bagi hadiah istimewa untuk Acik. |
|
Inilah hadiah untuk si Acik |
|
Acik@ Ahmad Iman Danish dengan gembiranya tunjukkan hadiahnya.
Terima kasih, ustazah! |
|
Entah apakah maksud renungan si Marha pada ustazah Maslinah tu ya... |
Gambar terakhir yang aku pamerkan di sini adalah gambar terakhir yang sempat dirakam oleh kamera kesayangan aku, SONY NEX3. Lepas saja gambar tu diambil oleh birthday boy si Acik, kamera tu terus rosak sebab Acik tekan balik-balik picu rakaman dengan kuatnya. Huhu...sedihnya aku. Then aku pasti abang lagi sedih dari aku. Memang bahaya betul sentuhan si Acik nih...
Apapun, malam tu aku ingatkan mau sambut lagi sekali birthdya Acik bersama keluarga. Tapi disebabkan aku banyak terima tempahan untuk beberapa sambutan hari raya besok, nampaknya terpaksalah ditangguhkan dulu.
0 comments:
Post a Comment