Friday, September 2, 2011 | By: Luna Biru

Isteri pemalas wajarkah dicerai?

Well...dalam konteks ini, mungkin cerai itu adalah satu hukuman untuk si isteri supaya si isteri insaf dan mengubah sikap.

Tapi, macamana kalau si isteri ternyata hanya malas mengerjakan hal-hal rumah seperti mengemas rumah, cuci kain atau masak? Sedangkan dalam hal-hal lain si isteri rajin terutama dalam hal mencari nafkah tambahan untuk kegunaan keluarga kerana dia tahu gaji si suami tidak cukup untuk menampung perbelanjaan rumah? Ataukah mungkin kerana kerajinan si isteri dalam hal ini menyebabkan si isteri merasa penat untuk mengurus hal kerjarumah yang bagi pandangan si isteri boleh diselesaikan baik-baik oleh suaminya yang tiada usaha apa-apa selain mengharapkan gaji bulanan? Sedangkan kos dan sara hidup semakin tinggi dan meninggi setiap hari hinggkan pada hakikatnya, si isteri sebenarnya sudah melakukan dua usaha untuk mencari nafkah, iaitu gaji bulanan dan pendapatan sampingan yang menguras habis seluruh masanya?

Adakah situasi berkenaan melayakkan si isteri digelar sebagai isteri pemalas dan layak diceraikan? Itukah hukuman untuk usaha si isteri? Bukankah jalan penyelesaian sebaiknya ialah si suami seharusnya lebih sedar diri dan bersyukur punya isteri yang rela berusaha lebih berbanding dirinya? Bukankah seharusnya si suami seharusnya meringakan pula beban si isteri setelah si isteri berusaha memikul beban yang seharusnya ditanggung olehnya?

Ah...ia adalah secebis kisah dari seorang sahabat yang berkenal baik denganku. Sebagai manusia yang hampir dalam hidupnya, aku cukup bersimpati dengan kisah yang dikongsikannya denganku ini.

Secara peribadinya, memang kalau sesekali aku berkunjung ke rumah sahabatku, aku agak kaget dengan keadaan rumah yang begitu berselerak. Kain-kain bertaburan di lantai sampai kita tak tahu mana yang belum dicuci mana yang sudah dicuci. Pinggan-pinggan kotor pula berhambur di mulut singki sampailah ke lantai singki. Itu jangan lagi tengok lantai dapur yang penuh berlekatan dengan nasi-nasi kering dan bekas serbuk milo. Memang menyedihkan betul taraf kebersihan di rumahnya. Bila aku tegur, dia cakap tiada masa sebab sibuk dengan tempahan jahitan dan tumpukan kerja sekolah. Dorang ni pula tiada orang gaji. Jadi dia hanya mengharapkan agar suaminya mahu turun tangan menguruskan hal-hal rumah. Aku tanya juga kenapa masih mahu terima tempahan jahitan sedangkan mereka berdua adalah guru. Jawabnya, duit gaji mereka sudah banyak habis untuk membayar bil-bil tetap bulanan seperti rumah, kereta dan whatever-whatever. Aku faham juga situasi macam ni. Yalah...sekarang ni gaji RM3k pun tak cukup sebulan. Memang kena cari pendapatan sampingan apalagi kalau sudah beranak pinak. Lainlah kalau kita tak kahwin dengan guru atau kakitangan kerajaan yang bergaji standart.

Katanya, mula2 dulu suaminya memang agak rajin membantu di dapur. Tapi lama-kelamaan suaminya mula bosan. Yalahkan....lelaki manalah tahan dengan semua tu. Tu bukan dunia dorang pun. Si isteri pula mengakui bahawa dia sendiri juga sudah bosan dengan kerja sampingannya ni kerana banyak menyita masa peribadinya. Tapi dalam masa yang sama dia tak boleh nak berhenti sebab takut terjejas pendapatan. Lalu dia pun mula merasa ketidakadilan dalam hidupnya. Baginya, dia tidak kisah dibebankan dengan tanggungjawab itu asalkan ada imbal balik dari sang suami. Namun ketika si suami mula lepas tangan dengan kerjarumah, marahnya mula membuak-buak. Lalu terjadilah pentengkaran2 yang bermula dari kecil hinggalah akhirnya jadi amarah dan benci anatara keduanya.

Bagi orang-orang di sekitar, bila pernah berkunjung ke rumah pasangan ini, pasti jariakan menuding ke muka isteri. Semua melabel si isteri pemalas. Dan, bila terdengar pertengkaran berlaku antara mereka, orang-orang juga akan menyokong perbuatan si suami. Ada pula yang mengatakan bahwa si isteri itu layak diceraikan saja lantaran kemalasannya dan keceluparannya yang selalu memarahi suami.

Persoalannya, benar-benarkah layak si isteri diceraikan atas segala usaha yang dilakukannya selama ini? Layakkah dia digelar pemalas setelah apa yang terjadi adalah memang bukan kemahuannya? Mungkin si isteri salah kerana selalu memarahi suaminya. Lalu salah si suami apa? Tinggal mendabik dadakah saja dan lepas tangan dengan apa yang berlaku? Lalu sebagai lelaki dia berhak untuk melangkah dengan penuh bangga bahawa dia akan menceraikan isterinya yang pemalas?

Kenapa bila ada saja kepincangan rumahtangga maka perempuanlah yang harus dipersalahkan?

9 comments:

shafizah said...

xpatut betul! hangat jugak bila baca. tp saya tgok akak anak-anak ramai pun chill je, sempat berblogging lagi tu.hehe

Luna Biru said...

Dei Shafizah...lama tak jumpa di sini...thanks for your responed...aduina...begitulah realiti hidup ini...tapi jangan sampai kau takut kawin plak ya.

kanai79 said...

Kalu semua perbelanjaan semua suami tanggung..lepaz tu gaji isteri langsung tak usik..bg lg duit poket dia.. Tp isteri tetap malas gak mcm mn tu...

Luna Biru said...

Encik Kanak79...yang tu lain kisahnya....haha

Anonymous said...

Haah istri aku rajin bekerja mencari nafkah.. malahan.gaji dia lebih tinggi dari aku.. tapi sayang.. akan hal2 rumah isteri ku cukup pemalas.. lima.hari bekerja.aku.lah yg akan mencuci baju.. memasak.. mengemas.. aku juga bekerja malahan pulang lebih lewat dari isteri kerana overtime... balik.je ak ke rumah ak.lah yg jd suri rumah.. isteri ak balik.keje je trus main2 dgn anak kemudian tido.. langsung x membantu aku... aku sekarang dah makan hati dengan sikap.pemalas isteri aku dirumah.. kalau lah benda hal2 rumah ni dilakukan bersama x apelah juga... x lah aku makan hati... tetapi.tidak.. semuanya diurus oleh aku.. ya tuhan ak dah sgt keletihan... bila ditegur trus bini ak.melenting... jawapannya jgn suruh saya buat benda yg saya x nak.buat... ak berharap sgt isteri aku dapat bersama2 dgn aku untuk.membuat kerja2 dirumah.. sebab aku dah sgt keletihan...

Unknown said...

same..

Unknown said...

samela

Anonymous said...

Senasib la kite bro..

Anonymous said...

same la kita boosku, takda cara lain ke nak buat? kalau ad PM tepi lah. tatau nk ngadu kt spe lg. geng2 kita jela yg fhm. Bila kne suruh, boleh pulk ckp igt dia org gaji ke. sruh cuci pinggan yg dia makan kut. tu pun bertimbun sepahh. kje baring main fon. hmm sbr jela

Post a Comment