Wednesday, May 18, 2011 | By: Luna Biru

Kad Kesihatan MAKSAK

MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANGGOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN.

 

Kelmarin sekolah kami dikunjungi oleh wakil dari MAKSAK untuk program MAKSAK MEDIC CARE. Kami telah diberi taklimat selama setengah jam mengenai program ini. Secara peribadinya, aku memang rasa ini adalah sebuah program yang baik untuk persediaan awal kepada kita sekeluarga. Korang pula macamana? Eh, lupa pulak nak tanya. Tau ke MAKSAK tu apa? Hihi...bukan apa, soalnya, aku pun baru tahu tadi. Rupanya, benda ni dah 10 tahun wujud cuma pelaksanaannya saja tak berkembang dengan berkesan. Ok, pada yang nak tahu tu, jom share...
PROGRAM "MAKSAK MEDIC CARE" ADALAH SKIM KEMASUKAN KE HOSPITAL SAHAJA UNTUK AHLI KELUARGA.

Skim ini adalah kerjasama Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK), eTiQa Takaful Bhd & Mediscreen Sdn.Bhd serta Biro Potongan Angkasa.

Program "MAKSAK MEDIC CARE" adalah skim yang unik dan direka khas untuk kakitangan kerajaan & badan berkanun sahaja dimana sumbangan bulanan boleh dibuat melalui Biro potongan Angkasa.

Program ini memberi perlindungan 24 jam dan komprehensif yang meliputi kemudahan kemasukkan hospital, perubatan dan pembedahan di hospital swasta (panel).

Program ini juga menyediakan perkhidmatan bantuan kecemasan perubatan selain dari pemeriksaan fizikal tahunan.

Antara faedah perubatan ini meliputi pembayaran bil-bil rawatan perubatan seperti berikut :-
1. Bayaran bilik hospital.
2. Pembayaran rawatan rapi (ICU).
3. Pembayaran pembedahan (Operation).
4. Pembayaran Ubat, ambulan, bilimpembedahan dan perkhidmatan.
5. Pembayaran kecemasan semasa kemalangan.
6. Pembayaran faedah kematian atas sebab-sebab kemalangan.
7. Elaun Bersalin.
8. Khairat Kematian.

Faedah perubatan bagi setiap kemasukan :
1. Bilik Hospital - RM100.00 sehari sehingga 120 hari.
2. ICU - RM200.00 sehingga 30 hari
3. Perbelanjaan Rawatan & Ubat-ubatan.
Ahli - RM25 000.00 bagi setiap kemasukan.
Pasangan - RM15 000.00 bagi setiap kemasukan.
Anak-anak - RM10 000.00 bagi setiap kemasukan ( untuk semua anak yang berumur 1-18 tahun).
4. Elaun tunai harian - RM50.00 sehingga 50 hari bagi kes kemasukkan ke hospital kerajaan.
5. Faedah kematian akibat kemalangan - RM5 000.00 utk setiap peserta.
6. Elaun bersalin - RM500.00 setelah setahun menjadi ahli program " maksak medic care".
Maksimum 5 kali bersalin.(Untuk kakitangan wanita sahaja)
7. Khairat kematian - RM1 000.00 untuk setiap peserta.
8. Talian Khidmat Pelanggan & Hotline 24 jam.

Potongan MAKSAK MEDIC CARE MESTI dibuat melalui Biro Potangan Angkasa.

Program ini baru diperkenalkan dan termurah di pasaran disamping peserta akan mendapat pulangan/simpanan apabila pelan polisi matang serta Manfaat Kematian atau Manfaat Hilang Upaya Kekal sekiranya ditimpa musibah yang dilindungi dibawah skim perlindungan takaful.

Program ini dikendalikan secara syariah & HALAL tanpa unsur RIBA, JUDI & WAS-WAS.

Sekiranya berminat atau untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah berhubung dengan saya sebagai wakil sah Maksak Medic Care & eTiQa Takaful Bhd.

\
So, apa pendapat korang? Aku? Hmm...tak layaklah sebab potongan gaji aku dah melebihi 60%. Huhuhu...




3 comments:

Anonymous said...

Nak tanya, adakah semua pemegang medical card maksak ni menggunakan insurans takaful(islamik) bukan konvensional.

Unknown said...

Perbelanjaan perubatan dan ubat bernilai RM 25000.00 bagi setiap kemasukan tu apa maksudnya dan ada had limit ke

Unknown said...

Saya mencari agen insurans MAKSAK
nama magaret nak tanya lebih lanjut berkenaan bonus..mohon yang mengenali pm. Sekian.

Post a Comment