Friday, September 23, 2011 | By: Luna Biru

Kisah aku dengan si seniman

Ini artikel yang sangat peribadi.

Ianya ditulis hanya berdasarkan pendapat dan pengalaman yang dilalui. Malanglah aku mengalami peristiwa ini yang sudah memusnahkan keterujaan aku pada yang dikagumi.

Baiklah. Sebenarnya ini ialah entry bertemakan merungut tentang karenah seorang seniman yang kami jumpa di lobi hotel hari tu. Seniman ni memang aku minat sangat dalam lakonan hitam putihnya dulu. Suaranya khas dan unik. Wajahnya terkesan antara comel dan tampan. Sampaikan waktu aku umur 11 tahun dulu, aku mau carik boyfriend serupa macam dia. Harharhar! Then, suatu hari, baru aku terperasan yang rupanya classmate aku waktu tu memang ada ciri-ciri muka macam beliau. Na...pucuk dicita ulam mendatang. Apalagi, kebetulan mamat tu pun selalu ngorat aku jadi aku pun kira on sajalah. Tapi, sekali dia tahu yang aku suka dia sebab muka dia macam seniman ni, terus dia marah dan kasi surat putus cinta ngan aku. Kikiki...

Tapi ini bukan entry untuk cerita pasal ex-cinta monyet aku tu.

Berbalik pada cerita seniman ni.

Waktu kami sampai di lobi hotel, seniman ni sedang asyik berbual di telefon bimbitnya. Dari hujung hotel ke hujung hotel dia ngusung telefon tu di telinga dia sampai tak peduli langsung dengan apa yang berlaku. Fine. Aku tahu dia sibuk. Tapi takkanlah sampai macam tu sekali. Berbaris orang tunggu dia sekadar untuk bersalam dan ambil gambar. Mula-mula tu dorang bersabar juga. Tapi bila sudah menunggu sampai setengah jam tak sudah-sudah bercakap di telefon, masing-masing pun mulalah gelisah. Dari setengah jam, melompat ke satu jam, pun ceritanya tak habis lagi. Sampaikan sorang salesgirl tu cakap macam ni,"Betulkah dia betelefon tu atau sengaja pasal inda mau begambar sama peminat? Ah padulilah ba kau, tambirang,'

Dan dorang pun berlalu dengan muka kecewa. Tapi tak lah kecewa sangat sebab sudah ambil gambar dengan seniman dan seniwati yang lain. Seniman sorang ni saja yang tak dapat digambar. Kompom balik kerja kena marah oleh bos sebab escape semata-mata mau bergambar sama artis.

Aku pun, ntah hantu mana yang merasuk, sanggup pula menunggu. Bukan apa, first, sebab aku memang minat. Tapi kemudiannya alasan tu sudah turun jadi no dua. Alasan kukuh aku, sebab aku mau bagitau dia bahawa dia baru saja kecewakan hati ramai manusia yang begitu meminatinya. Akhirnya, aku berdiri tepat di depannya (yang masih bertelefon) dan kemudiannya aku cakap dengan kawannya (yang juga seorang seniman) yang kebetulan berdiri dekat dia. Aku tanya soalan simple saja ngan seniman tu. Saja cakap kuat-kuat supaya dia dengar; Pakcik sorang ni bila mau habis bercakap di telefon ni,Pak?


Taktikku menjadi. Seniman ni terus minta excuse dengan kawan invisible di telefonnya dan terus menghadap muka aku. Katanya dia minta maaf sebab dia ni sekarang bisnesmen. Hidup sebagai bisnesman, memang begitulah...kata beliau.

Oh. Baiklah. Logik betul alasan tu,kan?

Sakastiknya, seorang seniman yang terkenal di zaman Shaw Brothers yang kini bergelar ahli perniagaan mengacuhkan peminat yang menunggunya lebih satu jam untuk satu perbualan telefon.

Ya. Memang logik betul. Then, aku tiba-tiba konpius sama ada dia ke sini sebagai seniman atau ahli perniagaan? Mungkin baginya, kisah senimannya telah berakhir di fasa lalu dan kini dia sudah memulakan fasa baru dalam hidupnya sebagai ahli konglomerat. Mungkin sebab itu dia tak kisah langsung dengan deretan peminat yang sedang menunggu dan mengejar-ngejarnya dari belakang. Mungkin, alasan itu juga sudah cukup kuat untuknya menidakkan kehadiran peminat-peminatnya yang begitu teruja menantinya sekadar mahu melambai tangan (walaupun ketika sedang bercakap di telefon-boleh ba itu kan? Bukan susah, sebelah pigang talipun, sebelah lambai-lambai).

Dan aku, yang sudah ditakdirkan bermulut separa laser, agak berterus-terang dengan kekesalanku padanya. Mungkin, aku juga sebenarnya mewakili kekesalan hati peminat-peminatnya itu tadi.

Entahlah.

Aku cuma mahu dia tahu, betapa beruntungnya menjadi dia, sangat terkenal dan masih diminati hingga kini. Sedang seniman Kassim Masdor, hanya menunggul di tepi lugasi tanpa siapa yang mengenali. Betapa susahnya mempertahankan kegemilangan yang pernah kita miliki dulu. Maka, bersyukurlah kalau masih terus bertapak di hati generasi muda kini.

Ah...itukah seniman yang sudah berpuluh tahun kutunggu untuk ku jumpa? 

1 comments:

Friska amelian said...

http://beritapelangii99.blogspot.com/2017/12/john-cena-prediksi-skor-manchester-city.html

http://beritapelangii99.blogspot.com/2017/12/sebut-ballon-dor-membosankan-maradona.html

Pelangiasik.com | indopelangi99.com
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 25.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 7 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsa
• Domino99
• Poker
• Bandarpoker.
• Sakong
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• Whatsapp : +855 166 75 661
• BBM : D872D7D9
• LINE : PELANGI99.COM

Post a Comment