Sunday, August 25, 2013 | By: Luna Biru

kisah cikgu pelatih

"Please lah Miss Trainee...don't teach what to do. In your age, counselling might be useful (so that you can pass your exam and get your degre), but in my age, counselling is just a piece of bullshit!"

Wow....tak sangka gila aku boleh cakap benda tu dengan cikgu pelatih yang baru bertatih nak jadi cikgu. Pastinya pengalaman ROS-nya ni jadi mimpi ngeri yang akan dia ingat sampai bila-bila.

Sebenarnya, aku tak bermaksud nak marah cikgu ROS tu. Aku pun pernah lalui saat-saat praktikal yang membuatkan kita selalu merasa betul. Waktu ni, kita terlalu bersemangat nak praktikkan ilmu-ilmu dan teori kaunseling yang baru kita belajar. Waktu ni jugalah kuta akan membuat penilaian bahawa cikgu-cikgu senior ni semuanya salah sebab tak gunakan pendekatan yang lebih ilmiah dalam mengajar budak. Pendek kata,waktu ni, yang paling betul adalah buku dan pensyarah. Balik maktab, kita akan kongsi semua hasil pemerhatian kita dan bersumpah takkan jadi macam cikgu di tempat kita praktikal.

pohon keangkuhan

Semakin hari yang kulihat adalah birat keangkuhan yang sudah menua seanjak usia. Malangnya, ia sudah terlanjur tua sebelum sempat menikmati waktu matang. Entah bila dapat kupetik hasil tuaianku sedangkan musim terus berganti dan renta kian merapati batas kesabaran.

Kini keangkuhan itu sudah bagai pepohon yang rendang. Buahnya lebat dan aku dapat melihat debunganya sudah menumbuhkan semai-semai pohon yang baru. Aku penuh debar menanti pohon kecil itu membesar. Bimbang kalau-kalau nantinya pohon-pohon itu juga seangkuh asalnya.

Ah...kalau pun benar pohon-pohon kecilku angkuh, itu bukan semua salah si debunga. Mungkin aku lah yang terlalu angkuh menerima kelemahan hingga keangkuhanku menjadikan aku terlalu lemah untuk menerima kelemahan orang lain.


Pelanggan adalah raja

Seorang pekedai, pekerja kedai, pelayan, salesgirl, atau apa-apa saja manusia yang berkait dengan perniagaan adalah ibarat seorang hamba yang perlu mengabdikan diri pada pelanggannya. Of course la...pelanggan tu kan raja? Jadi setiap raja perlu dilayan, ditatang, dihormat dan disanjung-sanjung sebab nasib si hamba tu terletak di tangan si encik tuanku raja.

Jadi, tak kisahlah apa pun keadaannya, si pekedai kena bagi yang terbaik untuk pelanggannya sama ada dari segi layanan, senyuman, budi bahasa dan perkhidmatan. Kalau pekedai gagal nak berikan tu semua, maka si pelanggan ala-ala raja itu tadi berhak untuk jatuhkan hukuman samada dalam bentuk hinaan, caci maki dan tepuk tampar.

Oh....sarkastik kan?

Tak perlulah menilai

Orang kata wajah adalah gambaran hati.
Dalam banyak hal, mungkin betul. Tapi jangan silap kerana ia bukanlah menggambarkan peribadi.

Ada orang wajahnya garang tapi hatinya baik, dan begitulah sebaliknya.

Kita tak diberi kelebihan kuasa oleh Tuhan untuk menilai manusia. Kalau adapun sedikit kemampuan, itu adalah atas ehsan pengalaman yang jadi guru kita selama ini.

Jadi,

Tak perlulah merasa diri terlalu hebat dalam menilai manusia. Jangan lupa, sebanyak apapun ilmu kita, orang lain pun ada kelebihannya. Penilaian yang kita berikan pada orang, mungkin juga diberikab pada kita. Alangkah tidak adilnya kalau kita harus kehilabgan peluang untuk dipercayai semata-mata kerana telah dinilai hanya berdasarkan seraut wajah.

Wallahuaklam.
Wednesday, August 21, 2013 | By: Luna Biru

bidaman gajet

Ade dah lama teringin beli bidaman. Itu aku tau. Ketika akhirnya impian Ade jadi kenyataan, dia pun jadi macam kanak-kanak normal yang lain. Siang malam hidupnya bertemankan bidaman kesayangannya. Sampaikan aku rasa bidaman tu sudah terlekat di tangannya. Kemaruk. Itu barangkali istilah aku boleh bagi. Dunia di sekelilingnya macam sudah berhenti berputar.

Aku bukan cemburu sebab perhatiannya sudah beralih. Tapi entah kenapa ia menjenuhkan. Bercakap dengannya macam cakap dengan dinding. Lain yang kucakap, lain yang dicernakannya. Bila aku marah, aku pula dimarah balik.

Agh....budak lelaki. Di mana-mana sama saja. Tak kira apa usia sekalipun! Apa saja benda baru, mesti diteroka habis-habisan sampai leka. Bila ditegur, kata kita tak sportinglah, cemburu tak tentu pasallah....

kecik hati tau...

Keterlupaan itu sering menimbulkan ketersinggungan. Apalagi jika perkara yang perlu diingat itu berkait dengan hak asasi manusia. Lebih-lebih lagi kalau keterlupaan itu terjadi di saat kita sangat memerlukannya. Lebih teruk lagi bila perkara tu teramatlah senang untuk diingat dan mustahil untuk dilupa sebab jarak tempoh untuk melunasi perkara itu sangatlah dekat...

Memang mudah untuk si mangsa mengingatkan si pelupa. Tapi adakalanya kita bosan untuk mengingatkan. Apalagi bila si pelupa biasanya tak mau mengaku yang dia lupa.

Ok. That's it.

Harap tidur malam ni boleh mimpi makan roti bom, maggi kari goreng +telur mata sapi dan teh tarik  di Restoran Arif. Memang hampeh selera orang sakit.

sakit

Aku tak tahu sakit apa ini. Badanku bagai dicucuk seribu jarum dan tulang belikatku selalu terasa panas. Kepalaku berserabut dan seluruh anggotaku lemah tak berdaya.

Aku sudah sering minta cuti untuk sakit bodoh ini. Sampai CRK ku sudah tuntas semuanya. Mahu mendapatkan MC pun aku sudah lelah kerana doktor akan dapati aku normal tanpa sakit.

Aku tak mahu fikir yang mistik-mistik meski ia sebahagian dari kehidupan.

Dilema Arin

PMR hanya sepelaung jauhnya. Tak sampai serantai. Tapi Arin masih berlegar hidup dalam dilema; antara pelajaran dan bolanya.

Mimpi yang dikejarnya selama ini muncul di saat dia sedang bergelut memperbaiki kualiti pembelajarannya. Arin telah dipilih, bahkan jadi rebutan dalam liga yang sangat didambakannya. Malang segalanya hadir pada masa yang tidak tepat.

Tapi akhirnya Arin pergi juga memburu mimpinya dan meninggalkan sekolahnya. Sebagai ibu, aku hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya. Semoga dia dapat mencapai cita dan cintanya....

Ratu

Dia mungkin ratu di kalangan kerabatnya. Tapi bagiku,dia tak lebih dari seorang ratu yang meminjam ehsan manusia untuk duduk di singgahsana yang tetap sebuah khayalan. Tanpa daulat, tanpa mahkota, tanpa istana bahkan tanpa negara, dia terus hidup dengan kegemilangan zaman lampau yang hanya dimiliki oleh sejarah. Dia berlagak seolah dunia yang dimilikinya hari ini adalah terjafi dengan sekelip mata. Padahal, tanpa belas ehsan, dia tidak lebih dari seorang perempuan bertelinga menggeleber panjang dan duduk di rumah bambu dalam hutan.

Dia mungkin ratu di kalangan kerabatnya.
Tapi maaf, dia bukan ratuku.

semester bermula

Sesi persekolahan pun bermula lagi. Bermula detik ini juga, UPSR hanya tinggal dua minggu. Kertas soalan budak hasil kerja sepanjang cuti menunjukkan prestasi yang itu-itu juga. Tiada perubahan yang boleh buat aku merasa sedikit lapang.
Saturday, August 17, 2013 | By: Luna Biru

pemilihan astro kem bola

Jujur aku malas pergi.

Dengan sikap dan bakat yang kurang menyerlah Abe dan Acik, aku yakin dorang tak terpilih. Tapi aku tak mahu menjadi si perampas mimpi. Pun begitu, doaku mengiringi segala usaha mereka agar mampu menurut jejak Anies.


Pertunangan Wan

Minggu lalu Lan. Kali ni Wan pula.
Alhamdulillah...segalanya berlangsung mulus. Sebagai anak lelaki tua, abang sekali lagi bertindak menjadi ketua rombongan. Ketua rombongan yang terlebih komited, aku rasa. Mana taknya, tuan punya badan baru ready nak berbaju, dia sudah bersiap awal dua-tiga jam. Memanhlah kita kena punctual tentang masa, but you know them bettet, right? Paling penting, tak perlulah ketat sangat sampaikan pengalaman kali kedua ini benar-benar membuatku jera untuk terlibat lagi.

Dan,
Macam tunang Lan, aku pun tak tau nama cewek manis yang bakal menambah jumlah ahli keluarga ini. Tapi aku sebak sikit waktu dia peluk aku dan cakap yang dia dah lama sangat kepingin jumpa aku. Selama ni asyik dengar cerita saja pasal aku. Persamaan budaya brunai membuat kami jadi mudah berinteraksi.

Dan well,
Sekali lagi aku menyoal diriku tentang kisah Azazil dan Adam.

Galau

Aku tak tahu galau apa yang hinggap di hati ini. Ia sungguh menyeksakan. Memikirkan bahawa aku sudah dilupakan sangat menyakitkan. Bahkan, berharap untuk diingati juga sangat membuatku sebal.

Mungkin aku sudah jauh benar dari Allah....

e-cosway

Tawarannya memang bagus. Kita cuma perlu melabur RM5300* untuk melayakkan kita mendapat 1000ev dan seterusnya membuat networking. Genap 10K ev, kita berpeluang mendapat sebuah premis yabg ditaja hampir sepenuhnya oleh company. Itupun setelah lulus interview dan kursus kemuncak 10hari.

Kedengarannya senang dan mudah.

sepi raya

Hari ke - 7 Syawal.

Penat sudah enyah. Begitu juga kemeriahan raya.

Tamu-tamu yang selalu aku tunggu sudah pun berkunjung mengikut rutin-rutin jadual seperti tahun sebelumnya. Mahu berkunjung ke rumah orang pula, tiada respon dari jemaah rumah. Takkan aku nak pergi beraya sorang-sorang pula kan?
Akhirnya aku terpaksa akur kalau raya sudah mulai pudar.

I missed the plane!

Perjalanan ini : Tinggalkan semua

Kalau ikutkan umi aku tau dia belum mau pulang. Kalau ikutkan aku, aku agak ragu-ragu untuk pulang memandangkan kami sudah terlalu lewat untuk memulakan perjalanan.

Perjalanan ini : Malam terakhir

Langit ungu biru menguasai alam saat kaki dijejak di bumi Segangan. Dari samar-samar cahaya aku lihat umi berdiri di muka pintu seakan tahu kami akan tiba. Suasana agak meriah malam ini kerana kebetulan sekali diadakan pesta keluarga.

Aku cuba langsung ikut-ikutan memeriahkan majlis. Malangnya aku tetap bukan peminat tegar acara sosialisasi apalagi penyumbang suara untuk acara karaoke.  Pun begitu aku cuba seoptima mungkin untuk berada di tengah kemeriahan ini. Sekurang-kurangnya aku bisa membunuh waktu hingga menunggu fajar muncul besok untuk membawa kami pulang semula ke Papar.

Ini malam terakhirku di Pantai Timur.

Perjalanan ini 7

Ladang-ladang kelapa sawit, hentian-hentian R&R dan gerai-gerai hantu kami lewati lagi dalam perjalanan antara Tawau-Lahad Datu. Aku cuba melelapkan mata tapi saat mata itu terpejam, yang kulihat adalah mimpi-mimpi pemanggil dusta.

Saat melewati Lembah Danum, hati terusik mahu melawat Menara Kayangan. Aku tak pasti apa ada di atas sana kerana aku sama sekali tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya. Apa yang aku tahu, dari kemuncak menara, kita dapat melihat seluruh Kota Lahad Datu. Sebab itu ia dipanggil menara kayangan sebab lokasinya merupakan kemuncak tertinggi di daerah ini.

perjalanan ini 6

Bumi Tawau pun kami tinggalkan dengan janji untuk kembali di March 2014. Sebagai usaha menganyam kembali mengkuang bahagia yang terkoyak kelmarin, abang menunaikan hasratku untuk mengambil gambar di jabatan kehakiman yang bersejarah itu. Terlanjur ke sini, aku terus melawat sahabat-sahabat lama yang masih menjadi petugas setia.

Bangunan mahkamah ini sudah banyak berbeza dari dulu. Gelanggang bola tampar yang kami lanyak saban petang pun sudah bertukar menjadi garaj kereta. Bahkan, bangunan putih di belakang pagar juga sudah lusuh benar warnanya. Tiba-tiba fatamorgana lalu dan aku pun melihat kelibat seorang lelaki yang saban senja setia menungguku di situ.
Astagfirullahilazim....


Friday, August 16, 2013 | By: Luna Biru

Perjalanan ini 5

Majlis Pertunangan Lan pun berakhir dengan aman sentosa. Alhamdulillah...walaupun sampai ke sudah aku tak tau nama tunangan Lan. Cet...bikin malu betol. Ketaralah aku ni the outsider tak tau menahu pasal hal family sendiri.

Oleh kerana majlis bersurai lewat, tpaksalah kami menumpang ehsan lagi untuk bermalam di sini...

perjalanan ini IV

Tawau punya sejarahnya sendiri. Itu pasti.

Dan sekarang ia menambah sejarahnya lagi. Negeri ini punya kesialannya sendiri atau sememangnya waktu tidak mahu berdiri di sebelahku. Hakikatnya, jiwaku yang pernah dihidupkan di sini mati di sini juga.

Saat kurenung langit malam, aku akui kawan halimunanku betul; bahawa saat indah hanya berlaku sekali. Sepayah manapun kita berusaha mengulang keindahan itu, ia tetap jadi sejarah. Jadi, hargailah saat itu setiap masa dan simpanlah ia dalam peti muzik. Bila kau rindukannya, putarkan saja tombol kecil. Biar si patung cinderella mengalun rentak tari yang berulang-ulang. Hanya itu yang tinggal. Titik.

Perjalanan ini III

Aku suka Tawau sebab di sini ada banyak sebab untuk aku shopping. Kalau tak shopping pun cukup sekadar aku buat window2. Aku juga suka dermaga di bandar ini bukan saja-saja nak menggatal ingat kenangan lalu. Tapi sebab ia memang layak untuk dinikmati kerana aku Luna, si penggila laut.

Dua tahun sudah, hasrat untuk menikmati bandar ini berkubur atas sebab-sebab bodoh.  Nampaknya, kali ini hasrat itu juga berakhir atas alasan yang sama. Aku rasa tak perlulah lagi aku menyimpan impian itu lagi. Daripada aku terus diburu kecewa, baiklah kukubur terus semuanya...selepas bulan March tahun depan, Tawau akan mati dalam peta hidupku.


perjalanan ini II

Kami pun meneruskan perjalanan ke Tawau setelah singgah sekejap di kampung untuk menghantar umi. Sepanjang perjalanan, aku terbayang wajah umi yang kutinggalkan sendiri di rumah kosong Mak Long kerana mahu memburu janji dengan seorang kawan lama. Kawanku yang baik hati itu sudah berjanji mahu meminjamkan rumahnya untuk kami sekeluarga menginap sepanjang di Tawau. Sedar diri menginas ehsan orang, maka terpaksalah umi menjadi mangsa keadaan...

perjalanan ini

Perjalanan kami merentasi banjaran croker menuju ke Pantai Timur pun bermula selewat detik 10 pagi di hari Jumaat, Syawal kedua.

Hujan renyai dan kemudiannya menjadi lebat mengiring sepanjang tempoh perjalanan yang pegal. Berkali-kali kuminta abang untuk berganti tugas tapi dia berkeras mempertahankan kuasanya pada stereng kereta. Dua kali kami berhenti untuk makan. Selebihnya berhenti kerana tuntutan alam. Akhirnya kami memijak bumi Lahad Datu yang Umi cintai sekisar jam 8 malam.

Malam ini kami menumpang di rumah Ayah Noh sebab rumah rehat yang aku tempah gagal dihubungi. Diikutkan hati, aku pun tak mahu beralih tempat sebab sudah selesa bergabung bersama keluarga Ayah. Paling penting, makan minum sedia untuk dinikmati. Hehe...

Jadi,
Perlu rehatkan badan dulu sebab besok masih ada perjalanan yang perlu diteruskan.

lelaki itu

Lelaki berbaju petak-petak warna biru dengam rambut belah tengah yang kujumpa di sebuah restoran di hentian tadi mengingatkan aku pada seseorang yang aku kenal dulu. Bezanya wajah yang kukenal dulu comel dengan pipi gebu. Lelaki ini pula sudah matang kulit dan wajahnya.

Mungkin kalau dia tengok aku sekarang, hatinya pun berdetik perihal yang sama. Masa sudah jauh berlalu dan memakan usia, kecantikan dan keghairahan. Namun aku yakin ada suatu yang belum berubah; iaitu ikatan hubungan seorang rakan yang sentiasa memenuhi segala kekurangan. Itulah kemuncak nilai persahabatan...

Ketika lelaki berbaju petak biru dengan rambut belah tengah itu berlalu, aku tertanya-tanya soalan yang tiada jawaban.

eid mubarak ya syawal

Syawal pun menjelang....

Aku tidur saat fajar sudah bergaris tiga di kaki horizon dan bangun saat takbir pertama bergema. Pening dan penat terus-terusan menyelimut diri.

Ketika jemaah rumah pulang dari masjid, aku seperti biasa mengelak dari terlibat dalam acara maaf-maafan yang kuanggap hipokrit. Hati yang masih sakit sejak peristiwa kelmarin buat aku makin berdegil untuk meringankan sebuah kata maaf; samada untuk dimaafi atau memaafkan. Tapi kemudiannya, kedegilan itu memburuku dengan rungkai rasa bersalah sampai ke detik ini. Apa yang telah aku lakukan ini adalah sama sekali. Aku telah menutup peluang untuk semua orang untuk menyalamiku hanya kerana selembar ketersinggungan yang lusuh. Padahal, apalah salahnya berpura-pura seketika? Hidup itu kan pentas lakonan?
Sunday, August 11, 2013 | By: Luna Biru

Ramadhan terakhir di 2013

Besok raya.

Belum ada pengumuman tapi kita semua tahu kalau 8 Aug 2013 dunia bakal menyambut eid mubarak.

Aku pun menyumpah diriku yang terus lalai untuk insaf bahkan sampai ke titik akhir Ramadhan. Tuhan pun terus menguji iman selembar benangku seakan ingin memberi isyarat bahawa aku sdh memilih haluan yang salah.

Kalau ikutkan hati, aku mau menangis semahu-mahunya. Tapi aku belum punya masa, ruang dan waktu untuk menyesali kekhilafanku. Saat kurenung langit di dini syawal, aku sedar, betapa kerdilnya aku di sisi Tuhan. Tidak wajar aku membenci kehadiran bulan penuh mulia ini hanya kerana aku di kelilingi oleh manusia2 yang rakus amarah saat kelaparan menguji. Yang perlu kukutuk adalag manusianya, pelaku dan pencemar pada kesucian itu. Bukan bulan yang dianugerahi Allah dengan segala macam keberkahan ini....

Malangnya, aku terus gagal menjadi kuat menghadapi karenah manusia2 ini. Kalaulah aku setabah Arin....

Mubarak ya Syawal...



hectic raya di bulan Ramadhan

Hectic raya pun bermula.

Perang-perang nafsu shopping dan tanggungjawab pada rumah bercampur-baur dgn emosi yang tak tentu rasa.

Tahun ni sama macam tahun lepas, keajaiban hasil tangan Allah membantu meringankan bebanku di saat-saat akhir menjelma lagi. Syukur rezeki berpihak meski ia harus diikuti dengan secebis penghinaan yang hadir untuk membuat aku tak lupa diri. Paling kusyukuri ialah aku dapat menunaikan janji untuk mengembalikan sebuah amanah milik orang lain. Kalau kumungkir, pastilah ku dikutuk tujuh keturunan.

Jadi setelah perang shopping tamat, kami pun meneruskan perjuangan menanti kehadiran syawal...