Saturday, September 17, 2011 | By: Luna Biru

Lady Driver

Selalu salahkan pemandu perempuan konon tak tahu memandulah, tak tahu beradap di jalanlah, keluar simpang masuk simpang main belasah saja. Ada juga cakap tak mahu mengalah, asyik main bantai jalan dia saja.


Ye ke?

Soalnya, kenapa mesti ada emansipasi dan diskriminasi jantina dalam kekurangajaran di jalan raya? Kenapa boleh wujud istilah lady driver yang mencuakkan itu? Aku rasa 80% kemalangan jalan raya melibatkan pemandu lelaki.

Rasanya, istilah kurang ajar di jalan ni tidak merujuk pada mana-mana jantina sebenarnya. Memang secara puratanya, pemandu perempuan ni agak bodoh sikit bila di jalan raya. Sebenarnya, bukan bodoh pun, cuma takut-takut gerun sikit apalagi bila mahu keluar simpang dan curi jalan di roundabout. Sudahnya, pemandu lelaki yang ala-ala macho dan berniat mau curi jalan jugak tak sempat mau buat benda yang sama.

Dan sesungguhnya, kalau diteliti lebih dalam sikit, aku rasa, 'kebodohan' perempuan di jalan raya ni pun disebabkan pelabelan yang awal-awal sudah diberikan pada mereka. Akhirnya, pemandu-pemandu perempuan cuba pulak mau tunjuk pandai semata-mata tak mahu dikatakan bodoh.

Entahlah....yang pastinya, aku benci diskriminasi.

0 comments:

Post a Comment