Hari ni buat ladies go out lagi dengan si Melati Atiek.
Mula-mula g shopping2 Malaysia saja, pas tu melarat pulak g hari melaram 1 Malaysia. Mau manja-manjakan dirilah kononnya. Tau-tau sampai bekulat abang tunggu kami. Hehe...tapi memang bestlah abang sporting tul.
Makan-makan di Singapore Chicken Rice
Lepas temankan Atie g shopping, kami ke salon Kelly di tingkat 2, Karamunsing. Aku pun ngada-ngda buat blow set. Hehe...memang dasar kureng iman tul. Bila sudah rambut lawa cam ni, mulalah lupa ngan tudung yang aku pakai waktu jumpa Atie tadi.
Kami berpisah dekat jam 7.00 p.m di Tabung Haji KK. Sedih juga aku bila tinggalkan Atie sendiri sambil lambai tangan di lobi THKK. Sungguhpun aku tahu ini bukan pertemuan terakhir kami, namun sesungguhnya, aku merasa sangat sayu bila menatapnya tadi. Pertemuan ini menamatkan penantian selama 19 tahun. Namun 19 tahun bukanlah satu jarak masa yang bisa melupuskan sebuah rasa yang bergelar sahabat. Aku gembira bahawa Atie masih mengingatiku sebagai sahabatnya dan merasa terharu bila dia sampai ke sini semata-mata untuk mencari aku. Siapa sangka bahawa di hati Atie yang kecil itu, rupanya masih punya ruang untuk manusia yang bergelar aku.
Cari aku lagi balik, Tie! Jaga kau mun inda!
0 comments:
Post a Comment