Huh...sandi betul budak2 sekarang ni kan?
Teknologi sudah mengambil alih kesucian kanak-kanak hingga mengubah mereka menjadi monster dalam dunia maya. FB digunakan untuk memaki-maki sesama sendiri dengan bahasa-bahasa kesat. PM pula digunakan untuk menghantar mesej beransur lucah yang membuat aku jadi geli geleman sendiri. Lebih-lebih lagi bila aku check akaun fb Anis. Dia banyak menerima PM dari kalangan rakan sekolah yang menjurus kepada negatif semata-mata. Nasib baik jugalah Anis selalu adukan hal ni dengan aku. Jadi, bila berhadapan dengan situasi begini, aku akan mengambil tindakan untuk menegur perlakuan murid-muridku agar tidak menggunakan fb dengan cara yang salah.
Syukur juga anak-anakku tidak terlibat dalam hal-hal sebegini. Mungkin kerana mereka tahu bahawa kegiatan fb dorang dipantau oleh kami. Itulah pentingnya kawalan dari ibubapa. Jangan biarkan anak-anak hanyut sendiri dalam dunia maya yang telah menghancurkan etika dan adab mereka. Mungkin juga sesetengah ibubapa lebih rela anak-anak mereka tenggelam dalam dunia ini asalkan anak mereka berada depan mata. Berbanding dengan aktiviti luar yang lebih lasak, ibu bapa menghadapi kesukaran untuk memantau kegiatan anak. Namun, bagi aku, bahaya teknologi jauh lebih berbahaya berbanding aktiviti luar kerana teknologi sebenarnya mampu merosakkan minda. Sedangkan aktiviti lasak hanya berisiko kepada kecederaan fizikal.
Kami sendiri agak bertegas dalam soal aktiviti anak. Mereka hanya dibenarkan membuka akaun fb setiap hujung minggu saja. Itupun kami limitkan dua jam seorang. Kami juga mewajibkan acara padang dan apa-apa saja jenis aktiviti luar yang boleh mengeluarkan peluh. Kalau korang tengok depan rumah aku petang-petang macam ada perlawanan bola sepak. Arin sendiri ajak kawan-kawan dia main bola di padang depan rumah. Anis pula dibenarkan berbasikal keliling kampung dengan kawan dia. Waktu malam di hujung minggu pula adalah acara main PS3 antara bapa dan anak. Hari minggu pula adalah acara santai seperti ke pantai atau menonton filem.
Aku percaya bahawa kalau ibubapa memberi apa yang anak mereka ingin tahu dengan cara yang lebih terkawal, anak-anak akan merasa lebih dihargai dan dipercayai. Sebagai ibubapa, kita bertanggugjawab dalam membina sahsiah anak agar anak kita tidak terus hanyut dalam dunia yang mereka sukai. Aku agak kesal bila kanak-kanak sekecil dorang ni sudah tahu menggunakan bahasa-bahasa kesat untuk mencaci maki orang lain di laman fb.
Entahlahkan....masing-masing punya sendiri dalam mendidik anak.
0 comments:
Post a Comment