Thursday, September 22, 2011 | By: Luna Biru

Babra...

Ngeh...ni kawan baru aku. Babra namanya. Sumandak Tambunan. Dia ni roomate aku sepanjang meeting ni. Idea mau begambar dari angle sebelah atas ni pun idea dia juga ni. Aku rasa ni lah first time aku begambar cam ni. Hehe...
Babra ni memang best orangnya. Kepala pun gila-gila macam aku juga. Yang lucunya, hari kami ambil gambar ni, tema baju kami sama pula. Diambil dari tema alam semulajadi iaitu sang lebah.

Lepas ni, aku tak tahu pula bila dapat jumpa Babra lagi. Bukannya senang dapat geng yang boleh satu kepala dengan kita. Biasanya, kalau dapat roomate skema, 3 hari meeting rasa macam sebulan. Ni macam tak terasa. Tup-tup, esok mau pulang sudah....

To dear Babra, it is nice to meet and to know somebody like you. Segala kenangan kita tu, kau simpan baik-baik ya. Terutamanya part hantu lif. Haha...Memang sadis betul bila ingat kisah tu. Karang2 aku cerita dengan korang semua bila ada masa ya. 

K. Sekian dulu untuk malam ni. Sudah sepertiga malam. Muslim sejati sebaiknya berqiamul lail tapi aku ni sibuk mengetik-ngetik meng-update blog. 






0 comments:

Post a Comment