Friday, September 2, 2011 | By: Luna Biru

Jom tengok wayang HANTU BONCENG


Petang tadi lepas pulang beraya di rumah ipar aku, Kak Tinah, kami terus g tengok wayang Hantu Bonceng lakonan Zizan Raja Lawak dan Juliana Evans.

Aku sebenarnya tak menaruh harapan apa-apa sama filem ni sebab it's Ahmad Idham! Niatnya cuma sekadar mahu suka-suka dan bawa budak2 nikmati cuti raya. Then, hasilnya tidaklah begitu mengecewakan. Memang durasi masa 1 jam 30 minit terasa agak lama namun secara dasarnya filem ini memang amat melucukan. Kira-kira pecah panggung jugalah dengan ketawa penonton termasuklah aku. Kecacatan jalan crita pula banyak kedapatan di sana sini. Tapi kira sesuailah untuk tontonan seisi keluarga, setakat mau ringan2, cuci2 mata dan otak. Cuma, aku kurang berkenan dengan penggunaan terlalu banyak kata-kata zikir seolah-olah ia adalah permainan yang melucukan. Kurang sesuai sikit digunakan untuk filem lawak. Entahlah mungkin aku agak konservatif sikit. Tapi terus terang aku rasa macam mau keluar tadi panggung tadi bila penggunaan zikir itu terlalu banyak digunakan dalam scene lawak. Takut ketulahan dan kena gempa bumi di 1 Borneo.

berpossing di car park
Aksi menunggu aku beli tiket
Si Ade jua bah paling conquer
Ni lepas tengok wayang
Mizan keboringan tunggu mealnya







0 comments:

Post a Comment