Pada 22-23 Sept 2011, berlangsunglah Kursus Digital Story Telling anjuran PKG,Papar (PSPN Sabah). Kursus ni dijalankan di PKG Papar. Seramai 15 orang peserta dari 15 buah sekolah yang terlibat dalam kursus ni. Penceramah jemputan adalah aku dan abang. Ceh...mesti jugak laki bini ni bergabung,kan? Tiada orang lain kah?
Apa boleh buat...sudah diberi mandat dan kepercayaan oleh pengurusan atasan untuk melangsaikan tugasan ini. Sebabnya mudah saja, kerana kumpulan kami mampu membuktikan penciptaan filem pendek sempena hari guru yang lepas. Ia sudah cukup membuktikan bahawa Papar mampu mengeluarkan produk yang berkualiti.
Sebenarnya, waktu buat tugasan ni, aku masih terlibat dalam mesyuarat DS di Tang Dynasty Hotel,KK. Terpaksa aku bergegas pulang pada sebelah malam untuk selesaikan dua hal ni. Tu belum lagi hal di sekolah yang belum aku setelkan.
Pening?
Jangan cakap. Sampai saja di bilik mesyuarat petang tu, aku jadi sampai tak mampu bersuara langsung. Fikiran bercapah sana sini. Mana lagi diburu soalan-soalan melalui telefon bimbit yang bertanya macam-macam pasal program mari kita bunuh aedes hari sabtu ni. Aku sudah hilang fokus. Aku tak tahu kenapa aku diterjah soalan-soalan yang pelik.
Tapi tak apalah. Yang pentingnya, kursus ni walaupun pendek, tapi sudah dianggap berjaya. Peserta kursus pada akhir program, mampu membuat sebuah filem pendek yang jelas maksudnya serta mudah difahami. Mereka juga pandai mengedit dan memasukkan runut bunyi yang bersesuaian. Tahniah diucapkan kepada peserta kursus, sekaligus, tentu saja kepada : Mohammad Azmi Bin Awang Ladis. Kejayaan peserta adalah kerana mereka dilatih oleh jurulatih yang bagus.
Aku? Entahlah...
Cuba sedaya upaya meringkaskan presentation untuk tajuk penulisan skrip. Entah faham ke tidak peserta kursus dengan slot aku yang sekejap tu. |
Abang memang power kalau kasi ceramah. Cepat, ringkas dan tepat. |
0 comments:
Post a Comment