Wednesday, September 25, 2013 | By: Luna Biru

Pagi-pagi kronik

Mengurus anak-anak yang semakin meningkat usia ni ternyata lebih susah dari mengurus mereka saat kecil dulu. Kalau dulu, aku tak gusar nak tinggalkan dorang walau seminggu untuk ke kursus. Tapi sekarang, hati macam ditahan-tahan mahu pergi.

Aduhai anak-anak....

Entah kenapa semakin hari semakin susah diajak berunding. Masa kegelapan paling kronik tentu saja di awal pagi. Membangunkan dorang satu hal. Menyuruh mandi dan bersiap lagi banyak hal. Aku cuba tak marah-marah setiap pagi tapi makin dibiar, makin mencabar. Syukurlah abah tak pernah lelah jadi jam penggera setiap subuh.

Kawan

Aku tahu dia tidaklah sebegitu jujur menyintai aku.
Aku tahu kalau dia selalu merasa terpaksa mendampingi aku kerana cuma aku yang mampu merealisasi semua mimpi-mimpinya.
Aku juga tahu, kalau jauh di sudut hatinya dia sayangkan aku. Malangnya, aku terlalu jorok untuk disayangi. Kalau harus memilih antara dua, aku tahu dia tidak akan memilih aku.

Kalau kau tanya aku,

Aku akan mengatakan bahawa kasihku padanya adalah sebuah rasa yang tepu. Aku tidak menilai dia sebagai kawan, jauh dari menganggapnya sebagai sahabat. Dia bagiku hanyalah manusia yang layak untuk kukenal kerana dia terlanjur ada dalam kehidupanku. Dia kuhormat atas dasar manusiawi kerana kami sudah terbiasa hidup di satu alam yang sama. Lebih dari itu atas nama Hablum-Minallah, maka aku pun menjaga Hablum-Minnas, sesuai iradatNya.

Cuma itu.

Jadi, aku sudah jauh bersedia untuk diacuhkan, disepelekan, dipinggirkan bahkan dikhianatkan. Kalau hari ini dia menembak jantungku sampai berlubang, lalu besok dia menampalnya, lalu menikamnya lagi di waktu yang lain, lalu membaikinya lagi; maka tiada apa-apalah yang dapat aku lakukan kecuali menunggunya untuk menikamku lagi sekali.

Sampai bila?

Sampai dia tahu bahawa aku terlalu angkuh untuk menangis apalagi untuk disakiti. Sampai dia sedar bahawa dia takkan pernah ada makna dalam hidupku.

Titik.


Lelah untukmu

Aku penat. 

Kalaulah Arin tahu betapa penatnya aku mengurus mimpinya....

dan kalaupun dia tahu, tiada apa-apalah yang dapat dilakukannya kecuali memintaku untuk terus memeras kudratku. 

dan kalaulah dia tahu apa yang telah abahnya sanggup korbankan untuk dia mengecap mimpinya hari ini...

ah...kalaupun dia tahu, masih,

tiada apa-apalah yang akan dilakukannya...

Kalau Borneo Cup inilah mimpinya, aku doakan dia berjaya menggapai impian itu sampai ke kemuncak tertinggi yang diinginkannya. Sampai ke situ, titik. Aku tidak mampu memberinya lagi. Terlalu memberi pun bukanlah perkara yang sihat, apalagi untuk seorang anak yang baru membesar. Dia juga perlu belajar memberi kembali, dan tidak hanya sekadar menerima...

Kuhalalkan dia dunia akhirat. Terbanglah Arin...

Monday, September 23, 2013 | By: Luna Biru

Kisah Arin di TABS Bandaraya KK


Perlawanan Piala Borneo yang jadi idaman Arin dan juga merupakan harapan untuk dia terus hidup (katanya), hanya tinggal beberapa langkah lagi. Langkah itu pula kalau diteruskan lagi sedikit, akan menemukannya dengan dewan peperiksaan PMR. Kedua-duanya sama penting. Dan Arin bersungguh mengotakan janjinya untuk meraih victory pada keduanya.
Sunday, September 22, 2013 | By: Luna Biru

...

Early in the morning
I put breakfast at your table
And make sure that your coffee
Has it's sugar and cream
Your eggs are over easy
Your toast done lightly
All that's missing is your morning kiss
That used to greet me

I fought my way through the rush hour
Trying to make it home just for you
I want to make sure that your dinner
Will be waiting for you
But when you get there you just tell me
You're not hungry at all

Misi foya-foya di 1B


Ini adalah kesinambungan daripada perjalanan di Taman Wild Life. 

Jadi setelah berpenat-penat melihat haiwan, maka kami pun membawa anak-anak yang kemarukkan dunia mainan dan hiburan. Bila difikir-fikir, memang agak lama juga kami tak meluang masa begini semenjak kisah Karaoke ke laut hari tu. 

Pengorbanan

Kita selalu beranggapan bahawa kita sudah terlalu banyak berkorban untuk mereka-mereka yang kita sayang. Bermula dari tanggapan itu, maka lahirlah rasa riak hingga kita merasa betapa kita lebih layak untuk derita dan menerima cinta yang lebih. 

Lalu riak itu pun membutakan mata. 

Tapi, benarkah selama ini kita banyak memberi pengorbanan tanpa menerima? Barangkali saja si penerima telah membalasnya dalam bentuk yang tidak kita sedari, bahkan tidak kita perakui sama sekali. Atau barangkali saja si penerima itu sebenarnya juga telah melakukan pengorbanan yang jauh lebih hebat dari kita, bahkan lebih terdahulu...

Banyak atau sedikit pengorbanan adalah bergantung kepada kemampuan si pelaku. Ketersediaan untuk berkorban adalah berbeza mengikut keikhlasan masing-masing. Samada pengorbanan itu perlu diberitahu atau didiamkan saja juga sepenuhnya terserah pada keperibadian masing-masing. 

Sebuah filem yang kutonton baru-baru ini mengingatkan aku tentang kisah pengorbanan ini...




Taman Wild Life Lok Kawi


Setelah puas memujuk kami untuk melawat ke zoo, akhirnya Ade berjaya juga dalam rayuan gombalnya. 

Pada mulanya, rancangan ni cuma sekadar untuk kami-kami sekeluarga. Tapi kebetulan pula kazen aku, Kak Ana datang dari LD, makanya acara ini jadi ramai dan tentu saja makin meriah. 

Kami sampai selewat jam 2.30 petang sebab terpaksa tunggu Acik selesaikan Kem Bestari Solatnya. Arin dan Anies tak dapat ikut sebab sibuk menghadiri latihan sukan. Arin dengan latihan Borneo Cupnya sementara Anies pula dengan Archery-nya. Sebenarnya aku pun suka datang lewat-lewat ke sini sebab tak sanggup nak meneroka isi alam di Wild Life Park yang luas ni.   
Friday, September 20, 2013 | By: Luna Biru

Kau siapa?

Saat seorang kawan baru berlagak mengenali aku melalui informasi seorang kawan lama, hati aku bagai disentap-sentap renjatan elektrik. 

Entah apa kawan lama aku yang dah lama berhenti jadi kawan aku tu dodoikan di telinga kawan baru aku ni sampai si kawan baru ni macam dah pegang sehelai dari mukasurat diari lama aku...

Untuk pengetahuan si kawan baru, 

Kisah Arin di Minggu Pecutan PMR




Anak bujangku sorang ni....

Bersungguh-sungguh dia merayu supaya aku dapat hadir ke Majlis Pecutan Akhir PMR-nya. Dan seperti biasa, kita yang golongan cikgu-cikgu ni agak keliru sikit untuk menunaikan hajat anak bila memikirkan kelas-kelas yang bakal terbiar kalau CRK dipohon. Jadi aku cuma mampu janjikan dia yang aku pasti hadir mengikut keluangan masaku sendiri. 
Sunday, September 15, 2013 | By: Luna Biru

simptom2

Baiklah. Jangan nak panik tak tentu pasal ya. Hidung berdarah tu normal. Walaupun ia berlaku tengah2 malam. Ludah berdarah tu pun normal juga....kot? Dan muntah darah tu, err....agak2lah kalau nak kata normal pun...

Jadi apapun, semua itu adalah simptom kepada penyakit lain. Penyakit apa, Wallahuaklam. Yang jelas, badan aku makin lemah, muka makin pucat dan aku diserang mengantuk yang sungguh indah lagi mengkhayalkan. Yang peliknya, aku terus diserang kegemukan. Hampeh....

Panik?

Ya.  Sedikit. Aku takut niatku yang mahu jadi manusia baik2 terserempak dengan hukuman yang sudah lama Tuhan delay kan untuk aku. Oh kamon.....!

Harapan jadi hasrat

Perdebatan pasal sejarah sudah mengganti isu-isu yang lebih bersifat polemik. Semuanya bermula bila aku menerima jemputan ke Formation of Malaysia Sabah's Untold Story.

Rata-rata bertanya; kenapa aku dijemput? Bagaimana aku boleh dijemput? Siapa aku dalam forum ni?

Well, jawapannya sebab aku terlibat dalam Sabah Society Club yang tak sengaja aku ikut lebih kurang setahun (agaknya).

Berbalik pada pengkisahan sejarah samada ianya sejarah Sabah mahupun sejarah Persekutuan Tanah Melayu. 

Apapun yang aku dapati hasil dari forum ini mungkin akan aku dokumentasikan pada entry lain dalam bentuk laporan penuh. Untuk entry kali ini aku hanya ingin memberitahu tentang hasrat hati aku untuk membuat satu booklet khas mengenai sejarah Sabah khusus untuk tatapan ahli keluarga aku saja. Eh, Kenapa ahli keluarga? Kenapa tidak dihantar ke penerbitan untuk dibukukan? Bukankah sia-sia segala usaha kalau nantinya tidak berbaloi?

50 TAHUN SABAH MERDEKA (Dalam Malaysia?)

Aku tak faham pada istilah 50 TAHUN SABAH MERDEKA DALAM MALAYSIA. 
Samada aku yang tertidur waktu kelas sejarah atau cendikiawan politik kita sudah alpa dengan fakta sejarah?

Hakikatnya, Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 dan memilih untuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu bersama Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan baru Malaysia pada 16 September, 1963. Singapura kemudiannya meninggalkan Persekutuan itu. Pembentukan ini melalui beberapa perjanjian antaranya Perjanjian 20 dan tentu saja pada ikrar bahawa kesemua negara adalah mempunyai kelayakan sama taraf. 


Hasil persepakatan ini maka lahirlah Malaysia. 

Rentetan UPSR


Ini adalah entry yang terdelayed akibat dari kesibukan2 peribadi.

Jadi akhirnya, 10-12 September telah menyaksikan peperangan UPSR pun bagi seluruh murid tahun 6 seMalaysia. Perjuangan selama 9 bulan dan usaha selama 3 tahun, bertitik-noktahnya di sini. Yalah...Malaysia kan exam-based? Kita belajar sebab nak lulus periksa, kan?

Agak pelik melalui tahun ini meski ini bukan kali pertama anak-anakku melalui musim UPSR. Waktu Arin dan Anies berada di posisi ini dulu, aku tak celaru sangat sebab aku tahu dorang boleh laluinya dengan baik. Berbeza dengan Abe, budak ni lain sikit. Dia bolehlah dikatakan slow-learner.
Saturday, September 14, 2013 | By: Luna Biru

Antara mamai

Dua hari diselubung demam bergila-gila sampai aku hilang dunia kecuali tidur yang panjang. Hajat hati hari Jumaat nak sambut merdeka day dengan kawan-kawan di sekolah sebab UPSR dah tamat. Malangnya Tuhan sudah merencanakan yang lain untuk kita...

Jadi aku pun terlepas majlis hari lahir Umi semalam 14 Sept 2013 yang ke 57. Antara mamai, aku sedar umi berkali-kali membangunkan aku supaya turut serta dalam majlis. Malangnya aku tak mampu nak buat apa kecuali terus terbujur atas tilam...

Kesian umi. Pun antara mamai, aku dengar dia menyumpah sakitku. Anak-anak jadi mangsa marahnya.

Biarlah. Marahnya sudah jadi lagu yang mendodoikan.



Hitam-putih-kelabu

Aku bukanlah manusia yang berpegang pada prinsip hitam dan putih, meskipun aku yakin ramai yang berpegang teguh padanya.

Dalam banyak hal aku tak boleh nak kata yang itu bagus, yang ini tak bagus tanpa memikirkan bahawa setiap yang nyata itu ada pro dan konsnya sendiri.

Jadi agak malang bila setiap kali perbincangan, maka akulah yang akan jadi pencemar pada kebiasaan manusiawi itu.

Padahal hakikatnya, bukankah itu memang tuntutan Islam dalam kehidupan kita?

...dengar/baca dulu sampai habis, baru faham.
Faham, baru cerna.
Cerna baru terjemah.
Terjemah baru hurai.
Hurai baru muzakarah.
Muzakarah baru simpul.

Masalahnya, manusia lebih suka terus lompat ke tingkat muzakarah dan simpul.  





Monday, September 9, 2013 | By: Luna Biru

tentang aku

Makanan yang sedap tu susah nak jadi sedap kalau kita salah menikmati.oleh kerana aku adalah manusia yang sangat mementingkan kenikmatan kerja, maka begitu juga cara aku menikmati makanan.

Noted?

Hidup untuk dinikmati dengan seni keindahannya. Kita tak lalui hidup yang baik2 sepanjang masa. Maka pada saat yang indah itu datang, hargailah sebaiknya.
Sunday, September 8, 2013 | By: Luna Biru

Pahat :

Macamana nak terapkan nilai prihatin dalam diri anak-anak ya? Dileter hari2 pun macam siram air di daun keladi. Nasihat dan tunjuk ajar jangan cakapla....

Aku rasa aku dah jadi tukul yang hari2 memahat. Alangkah baiknya kalau aku ada tukul macam Felix-Fix-It.
Thursday, September 5, 2013 | By: Luna Biru

sentap

Sentapan di jantung kali ini benar2 menguras air mata. Rasa macam mau meraung dan memaki menyalahkan keadaan yang sama sekali tidak berada di pihakku.

Aku memang menunggu detik ini sebenarnya...hari Abe disolathajatkan untuk peperiksaan UPSRnya. Aku sudah bersedia dari semalam. Aku mahu solat bersama-sama berimamkan ustaznya yang hanafi. Mudah2an doa dari mulut seorang ustaz yang disambut dengan amin dari mulut2 mungil akan terus sampai ke langit.

Tuesday, September 3, 2013 | By: Luna Biru

Jambatan ke syurga

Aku bengang dengan makcik setengah mereng yang selalu ada di mana-mana untuk minta  duit aku RM5.

Aku gusar bila cousin aku asyik datang seminggu sekali minta RM10. Kalau tak minta duit, dia minta beras dan lauk pauk di rumah aku.

Aku jemu tengok sorang lagi cousin aku yang asyik nak tapau rokok Dunhill yang mahal.


dua pulun sen?

Kisah minyak naik dua puluh sen sudah mengembalikan zaman kecoh macam di PRU13. Orang kita memang suka kecoh-kecoh, kan?

Memang aku pun tak puas hati. Kenaikan ini memang akan membebankan lebih2 lagi konsekuensi selepasnya. Tapi keributan yang keterlaluan juga tiada maknanya kalau segala pendapat hanya dihambur di kedai kopi dan laman buku. Biar berjuta like pun diraih atau air liur yang disembur tidak akan dapat mengubah keadaan kerana semuanya tidak melalui jalan yang betul.

Betul.
Kita semua akan merasa kesannya. Kau susah, aku pun susah. Tapi menyusahkan otak dengan perkara yang bukan berada di bidang kita adalah lebih susah. Percayalah pada rezeki Allah. Allah maha kaya. Dia telah mengizinkan ini semua berlaku maka Dia juga pasti ada cara untuk membantu.

Kalau kamu betul-betul mau protes, buatlah kertas kerja bangkangan atau memorandum. Pastj akan ku tandatangan. Tapi mohon jangan debatkannya saatku di meja makan. Aku muak!

prinsip kerja

Aku adalah manusia yang sangat mementingkan kenikmatan dan kesenian kerja. Aku menyukai masa-masa ceria saat bekerja hingga sesukar apapun beban yang kugalas saat terasa ringan.

Malangnya aku sangat bergantung pada emosi orang lain untuk mencapai ke tahap itu. Ketelusan ku berkerja berkait rapat dengan keadaan sekeliling hingga aku tidak mampu mandiri.

Istilah 'Jangan biarkan emosi orang lain mempengaruhi kita' tidak berguna langsung untuk memotivasikan aku. Ya. Aku sangat perlukan emosi orang lain untuk kekal gembira.

lambat

Waktu macam lambat betul beranjak. Kukira jam2 di dunia ini sudah rosak semuanya. Barangkali perlu kutukar bateri baru. Atau buang saja semuanya dan gantikan dengan jam yang masih berbau kedai.

Kalau benar masa itu lambat pergi, mengapa di cermin kulihat seorang perempuan yang sudah gemoyot hujung bibirnya dengan dua mata yang semakin besar?


Kelabu

Baiklah.

Jadi umi mungkin sudah berada di ambang usia yang melalui fasa keliru. Kekeliruan itu menjadikannya mencari titik kesempurnaan yang berpihak padanya. Malangnya sempurna tidak mempunyai titik. Maka umi pun setiap detik terus cuba menyelesuri lorong itu dengan harapan akan sampai ke garisan penamat.

Memang siallah aku kerana tidak mampu mewujudkan mimpi yang dicarinya.

Ya Allah...mahukah Kau mengerti kenapa anak bisa jadi derhaka?