Friday, September 23, 2011 | By: Luna Biru

Pertemuan dengan seniman seniwati Jalan Ampas

Baiklah. Inilah harinya pertemuan aku dengan seniman dan seniwati tanah air kita yang telah menggemilangkan filem melayu sekitar tahun 1950-an. Mereka membuat kunjungan rasmi ke Sabah dalam Program Bicara Seni yang akan diadakan pada 25 Sept.2011 (Ahad) nanti di UMS,Kampus Sabah. 
Kenal tak lagi dengan wajah-wajah ni? Terus-terang, aku sendiri kurang pasti untuk memasangkan wajah dengan nama dengan betul. Kalau ada kuiz 'name and match' memang aku kalah. Aku cuma kenal betul mereka yang masih giat dan aktif dalam bidang ni sampai sekarang saja seperti Seniwati Mariani, Seniman Kuswadinata, Seniman Mustafa Maarof dan Seniman Kassim Masdor. Yang lainnya, perubahan masa telah melarutkan keayuan dan kejantanan wajah hingga sukar dikesan kalau tak diberitahu. 

Waktu gambar ni diambil, kumpulan seniman ni baru sampai dari KKIA. Mungkin masih kepenatan dan mabuk udara jadi keramahan tu agak kurang sikit. Cuma beberapa orang seniman yang tetap setia dan sabar  melayan peminat yang gila bergambar macam aku ni. Ngeh...!

Aku nak tunjuk gambar ni dan kasi jeles member aku si Mohammad Anis. Rugi ko pulang awal Nis....haha...


Siapa ya, berbaju kurung biru di tengah? Nampak ayu dan anggun.
Yang ni aku tau sangat ni, selalu berlakon jadi orang cina yang dianiaya waktu zaman Jepun . 
Seniman Kuswadinata yang maintain hensom. Kira macam Amitabhachan Malaysia ni.  
Seniman Mustafa Maarof yang pernah aku pujai kekiutan wajahnya dalam Lela Manja. 
Seniman Kassim Masdor. Lagi cerita special pasal Seniman ni di sini 
Mungkin ada orang cakap aku ni macam gila dengan artis pula. Teruja sangat bila jumpa dengan dorang ni. Some people ada cakap;"Ele....manusia biasa saja ba itu Zue...bebau juga tu tainya..." Sure. Siapa yang bukan manusia biasa? Tapi bukan semua manusia biasa itu mampu menjadi manusia yang luar biasa. Tak perlulah heran sangat kenapa aku begitu berghairah bergambar dengan mereka. Perasaannya, sama macam bila murid kita sibuk mau bergambar dengan kita waktu majlis perpisahan Tahun 6. Padahal, kita pun manusia juga, bebau juga tainya. Tapi itu bermakna bahawa kita adalah istimewa di mata budak-budak kerana kita adalah manusia biasa yang sudah menjadi luar biasa di mata mereka. Boleh terima tak persamaa tu? 

Terpulanglah. 

0 comments:

Post a Comment