Friday, September 9, 2011 | By: Luna Biru

Rindu padanya

Entah kenapa malam ini aku jadi rindu sekali sama teman baikku sorang ini...Susan. Mungkin sebab malam ni aku habiskan seluruh malamku dengan membaca setiap lembaran kisahnya dalam blog peribadinya. Sebenarnya, aku agak jarang punya waktu untuk singgah menjenguk ke dalam hidupnya. Hanya sesekali di hujung minggu atau dua minggu berselang baru aku punya waktu untuk menatap seluruh kisahnya.
Ya...aku rindu sekali sama dia. Entah apa yang memisahkan kami pada kurun yang serba berteknologi ini. Kami jarang berbicara mahupun berutus berita. Apalagi sekadar bertanya khabar lewat teks di telefon selular. Meski aku tahu semua itu bukan pengekang pada perhubungan baik kami namun kekadang aku hairan juga sesibuk apa kami sebenarnya hingga tidak punya waktu untuk saling sapa-menyapa.

Di Syawal yang penuh berkah ini, aku sebenarnya mengharapkan agar tahun ini adalah gilirannya untuk meraikan aidilfitri di sini. Namun kemudiannya aku mendapat tahu bahawa tahun ini adalah gilirannya berhari raya di kampungnya di tanah seberang. Aku cuma mahu Susan tahu bahawa aku sangat rindukannya dan sayangkannya seperti mana dia merasainya pada aku. Meski jarak dan masa adalah pemisah fizikal, namun hakikatnya aku tahu...dan kau juga tahu....kita masih kita....

1 comments:

Post a Comment