Sunday, September 18, 2011 | By: Luna Biru

Cari tukang ikut

Dua tiga hari ni melilau carik idea untuk buat kajian saintifik penulisan aku. Ceh...kononnya. Mak orang beranak 6 ada hati jadi penulis. Menulis RPH pun kantoi. RPH tu apa? Mesti kawan aku yang anti akronim tu tanya balik nanti. RPH tu Rancangan Pengajaran Harianlah bro...

Bila sudah buat research tu, automatik jadi blogwalkinglah pulak. Macam-macam blog aku jumpa. Masing-masing punya cara tersendiri untuk impresskan orang dan cuba buat service yang terbaik. Then,ada pulak aku tengok entry2 yang memberi cadangan tentang cara untuk tambahkan followers. Pas tu, siap ketawakan blog orang lain lagi sebab tak glemers, sebab tu sikit tukang ikut.


Aku tetiba pulak teringat sorang followers aku yang aku pun dah follow balik, yang hobinya kumpul tukang ikut. Setiap hari dia boleh tambah jumlah tukang ikut sampai lebih 20 orang. dalam seminggu boleh cecah beratus. Oleh kerana blog aku tak seglemer blog dia, maka dia pun selalu emailkan aku tentang cara-cara untuk menambahkan ahli jemaah dalam blog aku ni.

Err...sebenarnya, aku tak minat sangat mau tambah-tambah peserta ni. Bagi aku, blog ni dicipta semata-mata untuk ekspresi diri aku, sekadar berkongsi rasa dengan teman-teman rapat yang nun jauh susah mau jumpa. Kalau dulu, sekadar nak cerita aku dapat hadiah harijadi paling cun dari suami, habis kopak wang gaji bayar bil telefon. Tapi sekarang kan senang, tulis macamana panjang pun, cuma perlu bayar bil broadband yang bernilai RM50 saja sebulan. Lepas tu, boleh kirim-kirim gambar lagi. Kalau dulu, gambar-gambar ni pula kena cuci lagi dan kirim guna pos. Oh...alanglah best dan sioknya berkongsi segala gembira itu bersama mereka yang kita sayang dan yang sayang kita. Kepada yang sudi follow aku, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana hargai penulisan aku yang tak seberapa ni.

Then, waktu aku buat entry ni, tetiba saja tangan aku gatal mau buka si ruang lingkup. Eh...tak sangka betol, sama pulak entry kami kali ni (lebih kurang la...). Tak adil Shafizah ni aku tak boleh buat komen di blog dia. So, aku jawab di sini sajalah. Semoga dia ada masa mau baca. Well, dear, aku dah agak bila saja kau masuk sekolah ni, kompom kau akan jadi penulis tegar blog sebab masa seorang pelajar tu memang lebih banyak dihabiskan depan laptop. Berbanding waktu kerja esso, ngadap komputer jugak, tapi komputer cashier la...hehe...baguslah kalau kau dah makin aktif menulis. Aku di sini, sentiasa ikuti perkembangan kau. Jangan tak update ya...!

0 comments:

Post a Comment