Monday, December 31, 2012 | By: Luna Biru

Viva 2012 : Welcome 2013

Saat papan kekunci laptop ini kuketik, terdengar bunyi mercun dari rumah uncle Wong, menandakan sorakan gemuruh tahun baru 2013 sudah bermula. Astalavista 2012!

Merenung kembali dalam diri, nyata azam 2012 untuk menjadikannya tahun gemilang akademik terkandas ntah kemana-mana. Tahun 2013, azam itu disemai balik. Moga-moga hendaknya tercapailah segala hasrat. 

Tahun ni, dua anak akan menduduki peperiksaan penting. Arin akan bertarung dengan PMR-nya sementara Abe pula dengan UPSR-nya. Anis akan masuk ke tingkatan 1, sementara Acik pula ke tahun 4. Mizan dan Ade pula masih terus dengan tadika mereka. 
Sunday, December 30, 2012 | By: Luna Biru

Selamat ulang tahun dua sahabat baikku

Hari ini 30hb Disember. 
Kelmarin 29hb Disember. 

Esok sudah tentulah 31 Disember.

Tapi 31 Disember tidaklah mempunyai keistimewaan apa-apa selain ia adalah jelmaan tahun masihi yang berubah setiap tahun. 

Dua tarikh yang disebutkan di atas adalah hari istimewa untuk dua sahabat istimewaku. Si pemilik 29hb adalah sahabat sejati yang aku sendiri tidak ingat bila kali terakhir merainya bersama. Manakala tuan punya nombor 30 pula adalah sahabat halimunan yang sama sekali belum pernah merai harijadinya bersama aku. Dan mungkin tidak akan pernah. 

Tidak kira di manapun mereka berdua berada pada detik dan ketika ini, aku berdoa agar Tuhan sentiasa melimpahkan segala rahmatNya untuk keduanya yang begitu menyayangi aku. Semoga segala cita dapat digapai dengan sejahteranya bersama nikmat-nikmat alam yang indah. 

Aku sentiasa ada untuk kamu-kamu dan aku juga tahu kamu-kamu pun selalu siaga untuk aku. 

Love and peace. 

Selamat ulang tahun. 

tahajjud

Aku sebenarnya sudah lama kehilangan nikmat berbisa sebuah tidur bayi yang aman tenteram. Barangkali Tuhan sengaja celikkann mataku di sepertiga malam supaya aku boleh bangun bertahajjud di kaki bumi. Malangnya kita manusia tidak suka menyelam makna tenteram yang tidak dapat kita lihat ganjarannya secara tunai. Takut kalau doa yang ditadah lambat dimakbul lalu jasad bertindak menjadi pemungkir pada nikmat. 
Lalu aku pun akhirnya pilihlah jalan hitam. Kesannya boleh dilihat pada garis mata yang melebam dan butir-butir jerawat di pipi dan dahi. 

Oh, penat sebenarnya menjadi pemburu mimpi yang sudah disimpan bertahun-tahun. Barangkali kalau aku luang masa sehari dengan bertahajjud, mimpi itu akan segera terbang dari langit terus ke bumi. Malangnya aku terlalu kedekut dengan masa. 
Saturday, December 29, 2012 | By: Luna Biru

Lara itu

Kalau saja tidur itu mampu membuat aku berpisah dengan alam nyata, maka janganlah kejutkan aku kerana aku sudah tidak kuat menghadapi segala isi dunia yang celaka. 
Lara itu bagai ikatan jiwa yang mutlak yang terus mengekori tiap langkah hingga aku pun terus berpandu dijalan yang sesat. 
Singkirkanlah kabut yang terpanggang ke benua resah agar aku bisa jadi manusia yang tahu mensyukuri tiap rahmat yang sudah terjahit di setiap urat nadiku. 

Thursday, December 27, 2012 | By: Luna Biru

....payah benar

Hanya tinggal beberapa hari lagi menjelang tahun baru. 

Itu bermakna tinggal sejengkal masa lagi untuk mengurus segala keperluan sekolah anak-anak yang seakan belum pernah cukup untuk dilengkapi. 

Bohonglah kalau aku tidak merasa risau. Meski berusaha kutelan rasa bingung itu, tapi ia bukanlah makanan yang enak yang mampu kuhadam dengan baik. Kelat itu terpancar juga di wajah. 

Ah, kau takkan benar-benar tahu apa rasaku kerana komitment dan keperluan kita jauh berbeza. Aku adalah manusia yang tidak kenal makna menyerah, tidak tahu pula bila harus berhenti dan tidak percaya pada halangan. Prinsip itu membuatku selalu lemah. 

Seperti sekaranglah. 

Mayang

Bukankah aku beruntung benar kerana berada di kalangan manusia-manusia yang begitu menyayangi aku dan sanggup pula berkorban untuk kebahagiaanku? 

Hari ini adalah buktinya. 

Terima kasih pada Mayang atas segala pengorbanan dan kebaikan yang tidak pernah putusnya diberikan pada kami sekeluarga. Hanya Allah saja yang mampu membalasnya. 

Exora Bold!

24 Dis 2012 (Isnin)


That's it.

Akhirnya Exora Bold Premium Putih pun bertukar tangan setelah mengorbankan segala simpanan dan ya....SONY NEX aku!

The girl next to me ialah agen PERMAISABA yang bertungkus-lumus membantu agar kereta ni dapat direleasekan setelah permohonan full loan ditolak. Thanks to Sue yang tabah jiwanya melayan customer macam aku.

Apapun, peduli hapa aku kalau koran cakap aku ni koman sangat sebab beli kereta Malaysia. Interest tinggilah, tidak berbaloilah, tak de kelaslah, or whatever-whatever. Duit aku, aku punya pasallah...

Syukur pada Allah.

Misi Kembara : It's time to go home

15 Dis 2012 (Sabtu)

The final.

Ok. Aku akui bahawa aku sememangnya sudah tahap Home Sick gila. Rindu pada Ade dan anak-anak buat percutian yang manis pada awalnya ini sudah jadi tawar bermula di pertengahan. Tiada makna juga percutian tanpa ahli forum yang cukup. 

Thanks to Zarul sebab hantarkan kami ke LCCT, thanks to Halim dan Susan kerana bermurah hati memberi ruang untuk kami anak-beranak menginap, thanks to BV sebab belanja makan. Thanks to all the readers yang sudi bersama mengikuti perjalanan kami ini. 

Yang baik datang dari Allah. Amin. 


Mini Reunion


Tahun 1994 rasanya kali terakhir kami bertiga bersama. Dan sekarang, 2012, akhirnya kami bersatu juga kembali. Aku tercari-cari gambar kami masa sekolah dulu kiranya nak comparekan dengan yang ada sekarang. Haha...nasib tak jumpa kalau tak, pecah rahsia. 

Apapun, thanks to BV sebab belanja makan malam di Coffee Bean. Thanks also for the souvenirs. Love and peace...

Misi Kembara : Hop On Hop Off

14 Dis 2012 (Jumaat)

Hari ke-8

Sudah lama aku teringin  naik bas Hop on Hop Off yang tiada bumbung. Haha...perasanlah tu macam di London. Kepada yang berminat untuk gunakan perkhidmatan ni, bolehlah beli tiket secara online ataupun pergi saja di Bukit Bintang depan LOT 10. Di sana ada disediakan konti kecik untuk penjualan tiket. Ingat ya, konti kecik bukan kaunter.

Inilah kontinya


So, inilah aktiviti kami yang terakhir untuk hari terakhir di misi kembara ni. Esok balik Sabah sudah. Sebenarnya malas betul mahu turun KL apalagi bila mengenangkan yang kami jauh di Selayang. Susan awal lagi sudah turun kerja. 

Misi Kembara : Genting

13 Dis 2012 (Khamis)

Hari ke-8


Finally...inilah Genting...Arinku...

Diringkaskan cerita, kerana sampai lambat, dan kerana hujan lebat, maka kami pun terpaksa pilih indoor game walaupun sebenarnya outdoor game lebih best. Cuaca sejuk mulai menguasai dan kami pun kalah juga dek kesejukan yang mula menghalusinasikan kepala otak aku. Tak banyak yang aku boleh kongsi selain dari membiarkan dua anakku ini mengekplorasi segala macam permainan yang ada di sini. Tapi aku salutelah dengan Arin sebab berani cuba flying coaster. 

Cara-cara nak ke Genting dari Goh Tong Jaya tanpa kereta sendiri

Kalau korang menginap baik di Pekan Goh Tong mahupun di Genting View, Genting Resort atau mana-mana resort di bawah bukit Genting, ni aku nak kongsi sikit cara nak ke Genting paling mudah dan bajet. 

First, 
korang kena tunggu bas Genting di depan Hotel Elements. Bas berwarna putih hijau ini menyediakan perkhidmatan percuma sama ada ke Sky way mahupun ke Awana dan ke Genting selang setengah jam. Korang hanya perlu tunggu di tempat yang disediakan. Perlu diingatkan ada banyak teksi sekitar Pekan Goh Tong yang bersedia menawarkan khidmat untuk ke Genting. Jangan layan kalau korang rasa nak save kan bajet sebab dorang akan charge mahal. Pihak resort juga akan sediakan perkhidmatan teksi tapi kalau korang nak murah, bolehlah suruh pakcik teksi tu hantar sampai depan hotel Goh Tong ni saja. Jadi boleh save cost untuk terus naik ke atas. 

Ni Hotel Goh Tong di Pekan Goh Tong

Misi Kembara : Goh Tong,Genting

12 Dis 2012 (Rabu)

Hari ke-7


Kami berangkat dari Larkin Sentral, JB ke TBS seawal jam 10.30 pagi. Lagi sekali berteleku dalam bas selama 5 jam adalah pengalaman paling tidak manis, resah dan membosankan. Aku telan pil piriton sebelum berangkat dengan harapan aku tidur sepanjang perjalanan dan hanya akan bangun bila sampai di KL nanti. 

Sampai saja di TBS, kami ambil train untuk ke KL Sentral. Waktu tu, petang sudah mulai menjenguk diri beserta hujan yang renyai-renyai. Bila sudah tiba di KL Sentral, kami pun ambil lagi teksi untuk terus ke Genting. Kenapa ambil teksi? Kenapa tak ambil bas saja? Naik bas kan senang, murah lagi. Teksi charge kami RM100 tau!
Tuesday, December 25, 2012 | By: Luna Biru

Sebatang lilin

Aku adalah lilin kecil yang sudah kehabisan sumbu. Apiku sudah malap dan batang tubuhku sudah dipenuhi oleh cairan jernih yang hodoh. Tidak ada yang dapat kubanggakan lagi meski sinarku masih mampu menerangi malam yang memekat. Sebentar lagi aku pasti punah oleh masa. Itu perjanjian yang sudah ditetapkan olehNya. Tanpa bahasa, mahupun kata-kata, besok aku pasti menjadi sebahagian isi bumi yang tidak akan memberi manfaat apa-apa lagi kepada manusia. 

Aku hanya akan berguna pada sang cacing yang kelaparan dan menerima apa saja yang ditendang oleh manusia. 

Namaku Mya. Aku wanita yang sudah mulai diserang kedut tua di hujung mata dan bibir. Aku memakai concealer yang agak tebal untuk menutupinya. Aku tidak boleh terlalu lama terdedah di bawah terik matahari khuatir concealer murahku pecah dan menerbitkan wajah tuaku. Rambutku yang gemulai bergulung sampai ke pinggang itu sebenarnya sudah ditumbuhi uban. Kalau kau selak jauh ke dalam pasti kau menemui sekelompok rambut putih yang rakus memerkosa keanggunan hitam rambutku. Payudaraku yang mengkal dan ranum di balik baju blouse merahku ini sebenarnya adalah ketulan daging lendir yang perlu kupangku dengan baju dalam berbesi yang sudah berkarat. Punggungku yang beralun yang telah membuat matamu tak kalih menatap itu sebenarnya dibaluti lingerie yang telah koyak rendanya baik di belakang mahupun di bawah. Aku adalah kecantikan sempurna yang palsu. Aku memalsukan semuanya sejak zaman keberadaanku di bumi metropolitan ini. Namaku juga palsu. Aku hanya mengingat nama sebenarku sekali-sekala saat melawati klinik yang memerlukan kad identitiku. 

Misi Kembara : Restoran Singgah Selalu, JB

11 Dis 2012 (Selasa)

Hari ke-6


Adik aku Halim diserang demam panas sementara kami pula diserang malas. Seharian lepak di rumah sambil layan-layan mata adalah aktiviti sekali-sekala yang mengenjoykan untuk dilakukan. 

Malam barulah kami keluar ke Danga Bay tapi itupun tiada apa juga yang boelh dilakukan selain melambai kota Singa di hujung sana. Jarak dari sini ke sana sekitar 1KM. Kalau aku berenang ke sana dan pura-pura amenesia ok kot. Tinggal semalam di lokap Singapore pun kira ok juga. Mana ada orang Takis pernah kena tahan di lokap Singapore. Ngeh....

Misi Kembara : Legoland, JB

10 Dis 2012 (Isnin)

Hari ke-5


Bila dengar Legoland, mulut akan bergulung wow....mahal tu tiketnya!

Ya. Memang mahal gila. RM140 seorang (adult) dan RM100 untuk kanak-kanak. Istilah kanak-kanak pula terhenti setakat 11 tahun. Jadi Anis yang berumur 12 tahun tu tidak lagi dianggap budak-budak. 

Simpang

Kita adalah khalifah hebat yang diutus Allah lengkap dengan segala kesempurnaan akal. Kita bisa berfikir, bisa menaakul, bisa mencipta bahkan mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan segala sesuatu yang demikian rumitnya pun, dengan izinNya. Kita dianugerahi akal hingga kita tahu mengemulsi dari seekor ulat bulu menjadi benang, lalu dari benang menjadi kain, kain dijahit menjadi baju, baju dipakai menghias diri...dan begitulah seterusnya...

Malangnya, kemampuan akal bertindak sering terganggu oleh sang emosi yang lebih bijak bermain peran. Lalu segala kebijaksaan pun bersepahlah hingga akhirnya kita menyesali segala tindakan kita yang gegabah memilih jalan. Namun aku percaya bahawa segala kesilapan bukanlah sebenarnya memandu kita ke laut mati yang nestapa. Bagi aku, setiap langkah yang terhayun ke arah kesilapan adalah membuka jalan untuk kita kembali mengemudi akal. Mungkin kita akan tersesat beberapa waktu oleh rasa egois dan beban konsekuensi. Tapi percayalah, kalau semua itu mampu ditebang, maka di hadapan kesilapan itu, ada terbentang sejumlah jalan penyelesaian yang telah disediakan untuk kita. Hanya tinggal kita untuk mahu ke sana, atau berhenti di simpang kesilapan. 

Allah sentiasa sayangkan hambaNya. Peganglah itu. 
Sunday, December 23, 2012 | By: Luna Biru

Melaka : River Cruise



Sungai Melaka dipenuhi dengan sejarah sejak kegemilangan empayar  Kesultanan Melayu Melaka yang berpengaruh dan berkuasa yang menarik pedagang seluruh dunia untuk datang berniaga dan berdagang dan yang mengkagumkan telah mempengaruhi Tome Pires, sejarawan Portugis untuk menamakan negeri ini sebagai ‘Venice di Timur'.

Melaka : Menara Taming Sari



Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Melaka : Muzium Samudera



Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de La Mar yang dibina pada awal tahun 1990 dan telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 13 Jun 1994.
Muzium Samudera terletak di Jalan Quayside berhampiran muara Sungai Melaka. Dibina berdasarkan replika Kapal Portugis berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8 meter lebar.
Saturday, December 22, 2012 | By: Luna Biru

Melaka : A Famosa

Destinasi seterusnya ialah Kota A Famosa.




Kota A'Famosa merupakan pintu gerbang kubu di Melaka. Pintu gerbang ini merupakan peninggalan portugis dan sebuah kubu yang begitu mantap pada suatu masa dahulu.

Kubu ini dahulu mempunyai tembok yang panjang dan empat menara utama. Salah satu daripadanya ialah menara utama empat tingkat, manakala yang lain merupakan bilik simpanan senjata, kediaman kapten dan juga kuarters pegawai.

Melaka : Gereja Christ Church



Gereja Christ yang berwarna merah ini telah dibina pada tahun 1753. Ia dibina berdasarkan kehebatan reka bentuk seni bina Belanda. Setiap satu kasau di ruang ibu diukir daripada sebatang pokok manakala kerusi gereja itu yang dibuat dengan tangan itu masih kekal dan sudah berumur lebih kurang 200 tahun.

Terdapat juga batu nisan pada lantai gereja dengan tulis Armenia. Tarikan-tarikan lain yang terdapat di sini adalah termasuk alang yang dibina tanpa penyambung, kitab Bible Bras dan gambar 'Last Supper' pada jubin glis.

Menariknya tiada bayaran masuk dikenakan tapi anda digalakkan menderma untuk penjagaan gereja ini. 

Sumber di sini

Melaka : Aku & Abang Beca


Melaka dan Georgetown di Pulau Pinang telah diumumkan sebagai sebuah bandaraya bersejarah oleh UNESCO pada tahun 2007. Uniknya Melaka bukan hanya terletak pada struktur rekabentuk dan kesenian bangunannya tapi juga kerana ia masih menggunakan beca sebagai pengangkutan awam. 
Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

Melaka : Cari-cari makan

Masih di hari ke-4


Sebaik saja tiba di bumi Melaka, kami 5 beranak termasuk si Halim terloncat-loncat kegembiraan. Mana taknya, hati macam teruja sangat tengok senibina Banda Hilir Melaka yang ala-ala San Francisco. Beca-beca yang indah dihias dengan soud system yang mantap-mantap menjadikan bandar ini kelihatan sangat unik berbanding mana-mana bandar di Malaysia.

Misi Kembara : Melaka here I am

09 Dis 2012 (Ahad)

Hari ke-4.

apartment Halim di Gelang Patah

Jadi pagi ini kami pun bersiaplah untuk memulakan cuti-cuti Malaysia sehari ke Bandaraya Bersejarah Melaka. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membawa semua ahli jemaah tapi malangnya sampai ke sudah tidak ada satu pun kereta sewa MPV yang tersedia untuk kami. Akhirnya terpaksalah Along, isteri Halim dan Akim tinggal di rumah...

Biarkan sajalah

Biarkan ia sejuk sendiri

Seperti seloyang kek yang baru selesai dimasak

Tak bisa dipotong

Tak bisa dijamah

Hanya perlu menunggu sampai ia sejuk.

Asal saja kek yang dimasak itu

resepinya seperti timbangan

supaya bila kita potong nanti

ia sudah siap untuk dinikmati.


Misi Kembara : Dataran JB

Masih di hari ke-3 misi kembara.

8.54pm.



Akhirnya sampai juga kaki menjejak ke bumi Johor. Aku bersyukur sangat sebab akhirnya bas yang dinaiki sejak jam 4.30 petang tadi berhenti juga. Lenguh satu badan. Aku memang tak tahan apa benda yang dinamakan travel sambil duduk menongok macam ni. Sebab itulah hajat hati pada mulanya mahu ke sini dengan menggunakan perkhidmatan keretapi. Tapi hajat itu terpaksa dibatalkan juga sebab jangka masa menaiki train lebih lama dari menaiki bas. 

Terminal Bas Selatan

Masih di hari ke-3 misi kembara. 
bus-terminal-bersepadu-selatan-bts-building.jpg, Modern airport-like bus terminal for south-bound buses (Melaka, Singapore etc.) in Bandar Tasik Selatan in southern Kuala Lumpur
TBS

Melangkah saja masuk ke TBS, hati mendesah kagum...wow...rasa macam airport. TBS ni jauh lebih moden dari LCCT. Ngeh...masih juga ni mau mempertikaikan. 


Terminal Bersepadu Selatan-Bandar Tasik Selatan (TBS-BTS) merupakan stesen bas bersepadu yang memberi perkhidmatan bas ke selatan Semenanjung Malaysia. Terminal ini telah siap pada November 2010 dan beroperasi sepenuhnya pada Jan 2011. 

"Awak orang Sabah ya? Selamat Datang ke Malaysia...."

Errr.....

Sebenarnya, sudah beberapa kali aku disapa begini oleh orang semenanjung. Malahan, beberapa feedback dari rakan seSabah pun pernah juga mengadu hal yang sama. 

Sebagai Sabahan terus-terang ayat di atas agak sedikit menganggu urat emosi. Dua pertanyaan pun timbul iaitu; 

Samada rakyat jelata di Semenanjung tak belajar geografi dan sejarah ataupun dorang semua ni menggunakan istilah Malaysia untuk merujuk kepada Semenanjung? 

Misi Kembara : Anis & Kem Bola Astro

08 Dis 2012 (Sabtu)

Hari ke-3.

Sekali lagi kami menggunakan khidmat Arwin's Daddy untuk menghantar kami ke Bangi.



Berpusing-pusing juga kami mencari alamat ABADI yang sampai ke sudah sesat-menyesat entah ke mana. Teksi Arwin pula tiada GPS dan nasib baiklah talian celcom di Tablet yang sudah lama dihentikan dapat diaktifkan semula. Setelah hampir sejam menyasar entah ke mana, akhirnya kami jumpa juga lokasi tujuan.

Begitu melihat Anis, aku hampir tersedak melihatnya yang jauh kurus berbanding 8 hari yang lalu. Pasti dia melalui training yang teruk sampaikan badannya boleh turun secara drastik. Kalau lagi sebulan kan bagus, boleh juga dia turun lebih baik dari sekarang. Hehe...

Hotel Bintang Warisan, Bukit Bintang KL

gambar di sini 
Kepada anda yang berhajat untuk mencari hotel bajet yang berbaloi, maka segeralah pilih hotel ini. Bukan sahaja harganya murah tapi juga terletak sangat strategik di Bintang Walk Bukit Bintang. Ia juga merupakan satu-satunya hotel bajet yang menyediakan sarapan di sekitar kawasan ini. 

Laman rasmi untuk hotel ini boleh dilayari di http://www.bintangwarisan.com/.

Misi Kembara : Bintang Walk

08 Dis 2012 (Sabtu)

Hari ke-3.

Ok. Ini hari terakhir di KL untuk edisi kali  ini. Petang ni kami akan ke Bangi untuk menjemput Anis dan lepas tu akan terus bergerak ke JB tempat adik aku si Halim Ringgo. Agak malang sebab Halim tidak lagi berada di KL sebab biasanya dia yang akan bawa kami meronda satu KL ni walaupun sampai jam 3-4 pagi. Minggu depan kami akan kembali semula ke sini. Waktu tu barulah bawa budak-budak ni ronda KL habis-habis. 

So sebagai memperingati hari terakhir di Bukit Bintang ini bagi sesi 2012, maka kami pun berpossing sakan ala-ala model jalanan. Cun...macam ibu ayam dengan sugar babynya. Haha...





Jom ke Bangi.

Siapa kau, wahai Mr. Goldman?



Jiwa aku ni memang sudah tercipta dengan kehalusan dan kesenian serta sensitiviti yang cukup mulus sifatnya. Aku mudah merasa empati dan seringnya melihat dunia dari persepsi yang di luar kotak mahuku sendiri. Kadang aku boleh jadi ke tahap suka campur tangan atau menyibuk urusan orang lain. Lebih dari itu, aku punya rasa ingin tahu yang terlebih-lebih sampaikan aku hilang upaya untuk menahan diri untuk merasa malu untuk bertanya. 

Misi Kembara : Boy & Zarul


Teruja benar berjumpa dengan Boy malam ni setelah belasan tahun terpisah lepas konvo dulu. Boy adalah antara yang terawal menghulur materai persahabatan zaman maktab dulu. Jauh sebelum aku berkawan dengan abang sekalipun. Ah...setakat orang macam aku, manalah ada ramai kawan. Bilangan jariku jauh lebih banyak dari bilangan kawan. 

Sudah dua kali rasanya Boy turun ke Sabah dan merancang pertemuan dengan kami suami isteri. Malangnya setiap pertemuan itu dihadiri dengan aral yang merintang rencana kami. Aku pula, walau sudah berkali-kali turun ke KL tapi tidak pernah terfikir untuk mengadakan apa-apa pertemuan dengannya. Bahkan mahu menghubunginya pun tidak. Kenapa ya? Entahlah. Kadang, hidup itu tidak perlu alasan barangkali. Namun kali ini aku berjanji benar mahu berjumpa dengannya. 

Misi Kembara : Malam di Bukit Bintang

Masih di 7 Dis 2012. Jumaat. Hari kedua. 

Kami terus pulang ke Hotel Warisan begitu selesai misi kembara ke Batu Caves dan sesi dialog bersama daddy si Arwin. 

Malam ini kami ada janjitemu ala-ala reunion dengan kawan lama di maktab; Boy dan Zarul. Agak teruja untuk bertemu dengan Boy sebab dia ni kira antara yang terawal menjadi sahabat seketawa waktu di maktab dulu. Kisah reunion kami akan aku ceritakan nanti sebab sekarang sementara menanti pertemuan itu, kami mahu menikmati dulu malam yang hidup di Bukit Bintang ini. 

Misi Kembara : Sepetang bersama Arwin & Daddy

Ia adalah sebuah pengalaman yang menarik berkenalan dengan seorang pemandu teksi bernama Arwin. Arwin berbangsa singh dan merupakan seorang penganut Buddha.

Perkenalan dengan Arwin dan Daddy-nya, membuka suatu ruang dalam kotak pemikiranku. Banyak isu yang diperbincangkan yang sebahagiannya agak membekas sedikit untuk sama-sama difikirkan.

Soalan Pertama; 

Soalan ini mungkin agak menyentuh sentisitiviti rakyat Sabah. Tapi, mengapa rakyat Sabah tetap memilih BN sedangkan setelah 20 tahun BN memerintah, Sabah hanya maju dari segi komersial resort? Sungguhpun hampir sebahagian harta Sabah telah diteroka dan dicungkillonggokkan ke kerajaan pusat, hinggakan jalan raya di Sabah masih di tahap mudarat, tapi rakyat Sabah tetap memahat setia pada BN?

Misi Kembara : Batu Caves


Aku sudah lama teringin mendaki tangga Batu Caves yang sebanyak 272 anak tangga itu. Macam yang aku cakap sebelum ni, Mak Long aku, Pak Mail aku, Mak Senah aku, bahkan budak-budak Takis yang pernah ke KL ni, semuanya sudah pernah mendaki tangga ni. Aku teringat kawan aku cakap; Apa kelas kau nak ke Batu Caves tu? Sana tak de apa-apalah. Aku yang duduk lahir kat KL ni pun tak pernah lagi teringin nak ke sana,". 

Well....(whatever!)

Misi Kembara: Day 2

7 Dis 2012 (Jumaat) 

Hari kedua. 

Arin di lobi hotel Golden Palace
Kami pun check-out dari hotel Golden Palace dengan perut kosong sebab hotel ni tidak menyediakan pakej sarapan. Terpaksa pula menapak lebih kurang 10 minit menuju ke perhentian bas/teksi di depan Times Square dengan luggage bag which is really not a good experience at all. 

Perkara pertama yang perlu dilakukan waktu ini ialah mencari hotel di kawasan utama Bukit Bintang sebelum beraksi ke peringkat seterusnya. Malangnya aku bukanlah hafal sangat peta Bukit Bintang ni jadi sungguhpun aku agak menghafal nama-nama hotel di sekitar sini tapi aku agak kalut untuk mengingat jalan. Akhirnya kami jumpa abang teksi yang bernama Arwin yang sudi bawakan kami ke menuju ke destinasi. Arwin ni bangsa singh dan mukanya iras-iras dengan Bront Palare. 

Hotel Bintang Warisan menjadi destinasi  seterusnya. Lepas check-in, Arwin bawa kami makan di Restoran Mamak depan Motel Anjung KL. Oleh kerana aku bukanlah penggemar masakan mamak yang kuat berempah, maka aku cuma pilih untuk makan maggi kari saja. Ceh...jauh-jauh datang KL makan maggi je der....
Sunday, December 16, 2012 | By: Luna Biru

Golden Palace Hotel, Bukit Bintang



Golden Place Hotel terletak betul-betul berhadapan dengan IPD Bukit Bintang. Ia bukanlah terletak di laluan utama kawasan Bukit Binatang tetapi agak terpinggir sedikit. Sejajar dengan kawasan hotel ni, ada 6 buah hotel lagi yang boleh dijadikan pilihan seperti Cube Hotel, Victoria Hotel dan Swiss Inn. Kalau anda berhajat untuk memilih hotel ini, maka anda perlu berjalan sejauh 7-8 minit untuk menggunakan pengangkutan awam seperti monorail di Bukit Nenas dan bas awam di depan Times Square. 

Misi Kembara : KKIA-LCCT

06 Dis 2012. 


Maka bertolaklah kami hari ini mengejar Anis yang sudah seminggu mendarat di bumi Kuala Lumpur. Berbekalkan kewangan yang agak terhad, kami pada mulanya bercadang untuk pergi berdua saja bersama abang. Tapi kemudiannya aku terfikir untuk membawa Arin bersama atas alasan yang cukup konkrit. Aku berharap benar agar percutian kali ini dapat mengeratkan kembali hubungan silatur-rahim antara mereka berdua yang telah lama renggang sejak 10 bulan yang lalu. Mahal benar harga untuk menyambung nilai kasih sayang ni rupanyakan...

10 hari misi kembara

Hari ini 15 Dis 2012 aku turun juga ke bumi setelah 10 hari berkelana di kaki langit milik orang lain. Asalnya mahu berhabis tenaga membuang stress dan membayar lelah setahun dengan program cuti-cuti Malaysia yang limited edition. Malangnya, bak kata Beto Khusairy dalam Istanbul Aku Datang; Kalau benda dah sebati dengan diri kita manalah dapat nak dipisahkan lagi. Jadi kesimpulannya, walaupun aku selalu terfikir bahawa idea isolasi adalah idea paling bernas dalam dunia, tapi hakikatnya, aku tidaklah mampu bersuka ria tanpa jumlah jemaah yang cukup.


Misi mengeliling zon selatan Semenanjung Malaysia nyata membawa banyak makna dalam hidup aku. Sedikit demi sedikit pasti akan ku update setelah gambar dapat disusun dengan baik nanti. Ia adalah sebuah catatan perjalanan yang amat bermakna yang sebenarnya sengaja ditelusuri ssemata-mata untuk menambah ilmu dan pengalaman. Tunggukan saja kisah 10 hari pengembaraan itu ya....


Sunday, December 2, 2012 | By: Luna Biru

Viva, Labuan


Episod terakhir di Labuan tidaklah merakam peristiwa semanis ketika kami pertama menjejakinya. Aku disuguhi dengan dua peristiwa yang telah memberi rasa tawar pada seluruh hariku. Aku tidak berniat mahu merosak keadaan dengan memberikan aura negatif hanya kerana kegundahan yang telah diberikan kepada aku. Hakikatnya aku bukanlah tidak mampu berlakon tidak ada apa-apa yang berlaku kerana seumur hidupku aku adalah penipu paling bertauliah kalau bercakap pasal perasaan. Tapi adakalanya jiwa ini disentap juga oleh kisah-kisah yang membuat kita gagal untuk terus jadi penipu. Oh...semut kalau dipijak hari-hari pun akan menggigit juga,kan? Bukit kalau dicangkul hari-hari pun habis juga. Demikian juga sabar dan tulusku. 

Terima kasih Ray Avry

Ini anak buah aku Ray Avry namanya yang jadi pemandu pelancong kami selama dua hari berada di Labuan. 

Thanks to Ray sebab luangkan masa untuk kami dengan mengorbankan masa cuti sendiri. 

Ni kalau kami ke Labuan lagi ada chance lah mahu susahkan kau lagi. Haha...

Thanks so much, Ray. 

Jejak kasih di Soto Haji Sinto, Labuan

Aku berkeras juga mahu meneruskan perjuangan jejak kasih pada seorang saudara yang sudah agak lama ditinggalkan. Lokasinya di sebuah kedai kopi cina dekat dengan Hotel Aifa. Dorang ni berjualan soto di sini seawal Labuan mulai membangun. Kira macam perniagaan tradisi keluarga. Sekarang, anaknya pula iaitu sepupuku yang meneruskan wadah itu. 

Dulu, asal cuti sekolah pasti aku akan ke sini untuk mencari duit tambahan. Bekerja menjadi pelayan restoran menghidang resipi soto dan rojak yang sangat terkenal di pulau ini. Gajinya bolehlah buat aku shopping sakan di Sportmart yang murah gila tu. Kiranya bila buka sekolah akulah yang paling bergaya dengan beg berjenama berbanding kawan-kawan yang lain. Apa yang paling best, hasil usaha sendiri. 

Pertemuan di sini sememangnya dirancang kerana kami telah memaklumkan mereka lebih awal. Kancil, teman sepermainan dari kecil yang sudah belasan tahun tidak dijumpa ternyata sangat berbeza dari dulu. Kalau jumpa di mana-mana kompom aku tak kenal langsung. Mungkin dia pun terkejut dengan perubahan aku yang sudah gemuk macam dia. haha...Tiada lagi Riney yang kurus kerempeng dan macam papan dulu. 

Makan malam di Mawalis Yatch Club, Labuan

Gambar di sini 

Seronok malam ni sebab kena belanja oleh kawan lama Along, Kak Yati namanya, di Mawalis Yatch Club, Labuan. Lokasinya benar-benar tepi laut. Sayang hujan turun lebat betul jadi keindahan malam tepi pantai tidak dapat kami rakam dengan baik. 

Kami dihidangkan dengan dua set makanan iaitu udang butter, ayam sos tiram, sayur Sabah dan ikan stim. Sedap sangat! Harga pun berpatutan. Kalau di Sabah ni kompom lantak sampai RM500. 

Pantai Layang-Layangan, Labuan


Akhirnya sampai jugalah kami ke tempat yang boleh kupanggil 'hometown'. Not really hometown lah sebab aku cuma membesar di sini dari umur enam tahun sampai 10 tahun. 

Satu-satunya yang aku paling ingat di sini ialah bukit tinggi yang menjadi mercu tanda kepada taman ini. Selebihnya semua berubah. Malahan, tempat kami tinggal dulu pun kini hanya menjadi kawasan hutan yang lebat. Seolah-olah tidak pernah berlaku kehidupan manusia di sana. Ko-Nelayan benar-benar sudah jadi kenangan rupanya...

Pohon Batu Beach, Labuan



Pohon Batu merupakan sebuah kampung yang terletak di Labuan,ia terletak di antara Kampung Layang-Layangan dan Kampung Batu Manikar, sebelah utara Labuan. 

Pantai ini juga merupakan tempat kesukaan abah waktu kami kecil dulu. Aku masih ingat datang ke sini bersama arwah mama (nendaku). Pagi-pagi lagi umi akan masak dan kami akan menghabiskan seluruh hari di sini. 

Labuan Chimney yang Misteri

gambar di sini 
Sebetulnya, selepas dari Botanikal Garden kami sepatutnya singgah ke Taman Burung. Malangnya Taman Burung sedang dalam upgrade process jadi kami pun meneruskan langkah terus ke Chimney Labuan. 

Jarak dari Taman Burung ke Chimney agak jauh juga. Sekurang-kurangnya inilah tempat paling jauh yang kami lalui sepanjang hari ini. Sempat jugalah melepas lelah di kereta dan anak-anak pun sempat melalui tempoh bertenang seketika. 
Saturday, December 1, 2012 | By: Luna Biru

Botanical Garden, Labuan



Taman Botanikal, Labuan, terletak di belakang lapangan terbang lama dan hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit dari bandar. Belum pun sempat hilangkan penat mengejar anak di Muzium Marin tadi, kami sudah sampai pula ke sini. Oh...kecik betul Labuan, ni kan? 

Taman Botanikal sebenarnya dahulu adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12’. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Rumah tersebut punah semasa peperangan.

Muzium Marin, Labuan


Suatu hal yang memeranjatkan tentang Labuan adalah tidak terdapat bayaran masuk yang dikenakan di semua tempat lawatan. No admission fee cause it's all free! Jadi, sangat jimat bajet terutama jika anda membawa rombongan keluarga yang besar!

Muzium Marina Labuan diadakan sebagai satu langkah untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut. Melangkah saja masuk muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang hanya terdapat di dasar laut. 

War Memorial II, Labuan

Alkisahnya, tahun 1986 abah bawa kami ke sini untuk menikmati hujung minggu yang sangat bermakna bagi abah. Abah jenis Family man jadi pantang masa terluang pasti dia akan bawa kami berlibur. Dulu abah takutkan kami dengan cerita kononnya di tempat ini tertanamnya seramai 3.908 mayat-mayat askar perang yang kebanyakannya Australia, British dan India di sini. Ada juga mangsa tahanan perang dari Borneo dan Philipins yang dikubur di sini. Selebihnya pula tidak diketuai (Known Unto God). Malam-malam, kata abah, roh-roh tersebut akan bangkit dan berkeliaran lalu bertempur balik macam waktu zaman perang dulu. Hi...takutnya. Aku membayangkan begitu banyaknya mayat tertanam di bawah tanah ini dalam keadaan yang penuh darah dan tidak sempurna. Sayang kalau tempat secantik ini sebenarnya berhantu. Serrrrreeeem deh. Tapi kemudiannya aku dapat tahu juga yang abah sebenarnya saja buat cerita untuk takutkan kami adik-beradik. 

Memorial ini merupakan the Malaysia's largest war grave. Saban tahun tempat ini menjadi tumpuan pelancong yang kebanyakannya adalah ahli keluarga mangsa perang tersebut. Rememberance Day diadakan pada 14 November setiap tahun bagi memperingati hari yang bersejarah ini.

Makan malam di Medan selera, Labuan


Malam pertama tiba di Labuan, kami memilih untuk menikmati makan malam di Medan Selera. Hujan renyai yang membawa ke agak lebat turun ketika ini menjadikan acara makan malam ini sukar dinikmati. Maklumlah kawasan terbuka begini menjadikan udara yang dingin menyusup-nyusup ke tulang. Mood mahu mengambil gambar pun tiada. 

Segalanya berakhir sepi sampailah pulang ke Beta. Anak-anak pun mulai bergila lagi dengan PS2 dan aku pula cuba untuk lelap seawal mungkin. 

Beta Service Apartment, Labuan

Terletak di Ujana Financial Park, Beta Service Apartment ternyata adalah satu pilihan yang sangat tepat kepada anda yang berminat untuk menginap di Pulau ini. Kita mempunyai pilihan untuk menginap di satu bilik, dua bilik atau tiga bilik dengan kadar harga yang amat berpatutan. Penginapan di apartment ini sangat selesa dengan segala kelengkapan peralatan dan kadar keluasan yang sesuai dengan jumlah ahli keluarga yang besar. 

Kami memilih apartment tiga bilik dengan kadar harga RM312 untuk gov rate. Paling menarik tempat ini ialah bilik mandi terdapat dalam semua bilik tidur dan dua lagi ada di bahagian dapur dan laundry. Dapur juga lengkap dengan segala keperluan jadi kalau berminat mahu memasak, silalah beli bahan mentah sendiri. Suatu hal yang paling aku suka ialah koridornya yang luas dan panjang berhadapan dengan Masjid Jamek. Seronok lepak di sana waktu malam. 

Kisah Anis di 1MCC

1 Dis 2012

Baru sekejap Astro Kasih updatekan gambar rombongan Sabah yang sudah selamat tiba di bumi KL. Alhamdulillah...

Baru sekejap tadi juga Anis telefon bagitau betapa nervousnya dia menghadapi dunia barunya yang sudah dimulai sejak kakinya menjejak di Pusat Pembangunan Agrobank di Bangi, Selangor. Nervous tapi seronok, katanya. Bahkan, waktu dia sedang bercakap dengan aku pun, dia masih lagi dalam mood bersenda-gurau dengan rakan sebiliknya, orang Johor. Seronok betul dengar suaranya yang sedang gembira. She deserves it.

Terbanglah Anis....

1 Dis 2012 (Sabtu).

Lalu hari ini pun tibalah. 

Anis pun kami lepaskan dengan segala doa dan restu menuju mimpi dan citanya untuk menjadi pemain bola sepak perempuan yang termahal di Malaysia (atau di dunia, katamya).

Air mata Abe di Hari Khatan

27 Dis 2012 (Selasa).
Abe di majlis sarakal berkhatan tahun 2009
Aku tak tahu kalau hari ini sangat bermakna dan menakutkan bagi Abe. Lebih dua jam memujuknya untuk jadi berani sampaikan si atok dipanggil untuk jadi motivator. Lucunya, dalam banyak-banyak cucu, cuma si Abe saja yang pernah dilahirkan atok. Hari ini, pun dalam banyak-banyak cucu, si Abe sekali lagi jadi  pemecah tradisi ditemankan atok untuk dikhatan. 

Ini adalah pengalaman baru bagi Abe. Sekaligus juga pengalaman baru bagi aku. Waktu Arin disunat tiga tahun dulu, aku tidak menemaninya sebab aku tahu Arin berjiwa kuat. Abe ternyata jauh berbeza dengan Arin. 

Hmmm....tiga lagi menyusul selepas ini. Harap tak seteruk Abe.