Saat papan kekunci laptop ini kuketik, terdengar bunyi mercun dari rumah uncle Wong, menandakan sorakan gemuruh tahun baru 2013 sudah bermula. Astalavista 2012!
Merenung kembali dalam diri, nyata azam 2012 untuk menjadikannya tahun gemilang akademik terkandas ntah kemana-mana. Tahun 2013, azam itu disemai balik. Moga-moga hendaknya tercapailah segala hasrat.
Tahun ni, dua anak akan menduduki peperiksaan penting. Arin akan bertarung dengan PMR-nya sementara Abe pula dengan UPSR-nya. Anis akan masuk ke tingkatan 1, sementara Acik pula ke tahun 4. Mizan dan Ade pula masih terus dengan tadika mereka.
Aku tidak meletakkan sebarang harapan besar untuk disasar tahun ini. Ada tanggungjawab baru yang sengaja ditempah yang menuntut lebih komitment dalam diri. Tumpuan akan lebih diberi keutamaan kepada keluarga. Cukup-cukuplah segala pengorbanan yang bergila-gila yang telah dilakukan sebagai cikgu selama ni. Apa yang penting, objektif untuk meningkatkan peratusan UPSR dapat dicapai di penghujung tahun nanti. Selebihnya, janganlah lagi memaksa diri. Prinsip yang aku pegang selama ni : KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI? - nampaknya terpaksalah aku sisihkan sekejap.
Sejujurnya, aku agak gentar untuk mencelikkan mata pada 2 Jan nanti. Terus-terang aku belum bersedia memulakan sesi persekolahan. Atau juga sebenarnya aku langsug tidak berghairah untuk memulakannya sama sekali. Tapi bila ingat Abe yang bakal menghadapi UPSR tahun ni, ditambah lagi aku sudah menggalas amanah menjadi penyelaras tahun 6, semangat untuk berjuang tiba-tiba datang berkobar. Itu sajalah yang buat aku sedikit kuat, selebihnya, aku hanyalah askar yang pura-pura berjalan tegap. Apapun, kenalah pegang pada hakikat bahawa HIDUP MESTI DITERUSKAN.
Oklah. Setakat ini dulu. Sebenarnya aku ada banyak senarai azam baru tapi aku agak malu-malu nak kongsi di sini.
Malam ni aku cuba nak latih diri balik untuk tidur awal. Nampaknya penyakit insomenia aku ni sudah melampau-lampau benar.
Selamat tahun baru, dunia-dunia.
p/s : teringat waktu gantung-gantung uniform anak tadi, abang tiba-tiba datang tolong. Rasa macam sweet sangat....hehe...
0 comments:
Post a Comment