Menara Taming Sari merupakan menara pandang
setinggi 110 meter yang terletak di Bandar Hilir, Melaka (bersebelahan Dataran
Pahlawan). Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat
panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. Menara ini merupakan menara berputar
jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24
juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah
berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam
satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga
tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya
pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila
menggunakan perkhidmatan ini. Menara tersebut yang dibina menggunakan kepakaran
Switzerland mampu mengangkut seramai 240 penumpang dalam tempoh sejam. Satu
sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit.
Lokasi asal menara ini adalah di tebing Sungai
Melaka (berdekatan Bangunan Stadthuys) namun dipindahkan di tapak baru di atas
sebab tapak asal tersebut terdapat runtuhan tembok lama zaman Kesultanan Melayu
Melaka selain memelihara geofak arkeologi tersebut. Di sini juga terdapat
sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata. Sumber di sini.
Hanya kami bertiga saja yang naik ke Menara ini kerana Halim sudah diserang migrain sementara abang pula sememangnya acrophobia. Masa terbuang kerana terlalu lama menunggu giliran. Di depan pintu masuk pula ada jurugambar yang bersedia untuk mengambil gambar yang kemudiannya dicetak secara pakej. Aku tak ambil gambar tu sebab tak cantik langsung. Apada...orang belum sedia dah ketik picu kamera.
Seronok berada di atas menara sebab boleh tengok seluruh bandar Melaka.
dari atas menara |
0 comments:
Post a Comment