13 Dis 2012 (Khamis)
Hari ke-8
Finally...inilah Genting...Arinku...
Diringkaskan cerita, kerana sampai lambat, dan kerana hujan lebat, maka kami pun terpaksa pilih indoor game walaupun sebenarnya outdoor game lebih best. Cuaca sejuk mulai menguasai dan kami pun kalah juga dek kesejukan yang mula menghalusinasikan kepala otak aku. Tak banyak yang aku boleh kongsi selain dari membiarkan dua anakku ini mengekplorasi segala macam permainan yang ada di sini. Tapi aku salutelah dengan Arin sebab berani cuba flying coaster.
Kami balik KL jam 9.00 malam. Mula-mula fikir nak stay hotel lagi tapi bila ingat yang aku belum tunaikan janji dengan Susan, maka aku rasa inilah masa terbaik. Sekali lagi kami menggunakan perkhidmatan teksi sebab ketinggalan bas dan sebenarnya bagus juga naik teksi sebab boleh suruh dia cari rumah Susan sekali. Setelah berpusing-pusing maka akhirnya kami jumpa juga apartment kawan baikku ini...
Dalam perjalanan naik ke tingkat atas, kami dihubungi oleh agen kereta EXORA yang sudah kupohon sejak dua bulan yang lalu. Dia memaklumkan bahawa permohonanku sudah berjaya walaupun aku tak faham apa ke jadah dia bagitau tengah-tengah malam macam tu. Tak boleh tunggu esok ke? Malangnya, permohonan untuk 100% release tidak berjaya dan kami kena bayar down payment 10%. Meaning...RM7,400! Oh...aku mula terbayang duit tiket dan nilai segala percutian yang telah kami nikmati selama seminggu ini yang boleh ku save kalau ku tahu kereta tu perlukan deposit!
Ok Forget about it dulu. Let's peluk sahabatku yang penyabar dengan perangai gila aku ni...apapun, thanks to Susan sebab sudi masakkan kitaorang supper. Sebenarnya kami sudah makan malam di Genting tadi tapi ni kira macam special request la...saja je nak manja-manja dengan sobat. Thanks and love you, babe.
0 comments:
Post a Comment