Thursday, December 27, 2012 | By: Luna Biru

Cara-cara nak ke Genting dari Goh Tong Jaya tanpa kereta sendiri

Kalau korang menginap baik di Pekan Goh Tong mahupun di Genting View, Genting Resort atau mana-mana resort di bawah bukit Genting, ni aku nak kongsi sikit cara nak ke Genting paling mudah dan bajet. 

First, 
korang kena tunggu bas Genting di depan Hotel Elements. Bas berwarna putih hijau ini menyediakan perkhidmatan percuma sama ada ke Sky way mahupun ke Awana dan ke Genting selang setengah jam. Korang hanya perlu tunggu di tempat yang disediakan. Perlu diingatkan ada banyak teksi sekitar Pekan Goh Tong yang bersedia menawarkan khidmat untuk ke Genting. Jangan layan kalau korang rasa nak save kan bajet sebab dorang akan charge mahal. Pihak resort juga akan sediakan perkhidmatan teksi tapi kalau korang nak murah, bolehlah suruh pakcik teksi tu hantar sampai depan hotel Goh Tong ni saja. Jadi boleh save cost untuk terus naik ke atas. 

Ni Hotel Goh Tong di Pekan Goh Tong

Second:
Bila bas putih-hijau tu sudah sampai, jangan malu-malu, naik saja. Tiada tambang dikenakan. Bas akan bawa anda me'round' Awana Resort terlebih dahulu sebelum berpusing kembali ke Pekan Goh Tong dan seterusnya ke Sky Way Station. 

Sekiranya anda berniat untuk menaiki bas terus ke Genting, sila berhenti di Awana dan tunggu bas seterusnya untuk naik ke Genting. Bas Putih-Hijau ni hanya untuk ke Sky Way saja. 


Third:
Setelah sampai di Skyway Station, naiklah ke tingkat 1 untuk beli tiket sky way. Sekiranya lepas ni korang nak terus balik ke KL guna bas, belilah tiket Genting-KL sekali. Takut tiket bas habis seperti yang berlaku pada kami. Tambang bas Genting-KL cuma RM10. Kalau naik teksi mau cecah RM120. So, lebih baik bertindak bijak. 



Perlu diingatkan korang kena beli tiket return sky way supaya tak payah lagi nak berbaris membeli bila balik dari Genting nanti. Harga tiket RM6.00 seorang dewasa. 





Next:

Sekiranya korang ada bawa luggage, jangan bimbang sebab luggage room ada disediakan di basement skyway station. It's freeee......dan sangat selamat. 




Next :
So, bila luggage sudah disimpan, tiket skyway pun sudah dibeli, maka, dipersilakanlah naik ke tingkat 3 untuk menaiki skyway. 

Simpan baik-baik tiket skyway korang yang satu lagi sebab nanti mahu digunakan untuk pulang dari Genting. 


Next :
Bas Genting-KL akan bergerak tepat mengikut masa. Jadi pada anda yang sudah beli tiket, maka dinasihatkan untuk bergerak keluar dari Genting sejam sebelum bas berlepas. Bukan apa, takut nanti menunggu gondola satu hal, alih-alih tertinggal bas. Rugi tu...


Ok. Begitulah tatacaranya kalau mahu ke Genting tanpa kereta dari pekan Goh Tong. Aku share ni bukan apa, sebab hari tu aku banyak tengok pelancong yang terkantoi oleh pemandu teksi di Pekan Goh Tong. Aku mahu bagitau cara ni pun serba salah juga sebab takut menyekat rezeki orang. Kalau cara aku ni pun dikira menyekat rezeki, apa boleh buatlah kan....sama-sama nak hidup. Si pemandu teksi nak cari duit, si pelancong nak save duit...Itulah penting mengkaji dulu tempat yang kita nak lawat sebelum berani datang berziarah. Terima kasih diucapkan kepada pakcik google. 


3 comments:

AzzaAziz said...

thanks.. sgt membantu..

Luna Biru said...
This comment has been removed by the author.
Luna Biru said...

Alhamdulillah....sama-samalah kita mendapat manfaatnya...

Post a Comment