Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

"Awak orang Sabah ya? Selamat Datang ke Malaysia...."

Errr.....

Sebenarnya, sudah beberapa kali aku disapa begini oleh orang semenanjung. Malahan, beberapa feedback dari rakan seSabah pun pernah juga mengadu hal yang sama. 

Sebagai Sabahan terus-terang ayat di atas agak sedikit menganggu urat emosi. Dua pertanyaan pun timbul iaitu; 

Samada rakyat jelata di Semenanjung tak belajar geografi dan sejarah ataupun dorang semua ni menggunakan istilah Malaysia untuk merujuk kepada Semenanjung? 


Yang mana satu jawapan terbaik? 

Fahamilah bahawa Tanah Melayu sudah merdeka sejak tahun 1957. Pada tahun 1961, Tunku telah bercadang untuk meluaskan kuasa politik dan ekonomi sekaligus menyekat kuasa komunis bagi Singapura, Brunei, Sarawak dan Borneo Utara (Sabah). Gagasan ini telah melalui beberapa peringkat mesyuarat dan hanya mencapai kesepakatan pada 31 Ogos 1963. Akhirnya penubuhan Malaysia secara rasminya diisytiharkan pada 16 September 1963. Laporan penuh sila rujuk buku teks sekolah atau di sini

Jadi mengertikah korang semua bahawa Sabah dan Sarawak sememangnya adalah negeri yang bernaung di bawah Malaysia sejak tahun 1963 yang lalu? Kami bukan orang luar dan ayat di atas sangat tidak relevan dan membuat kami rasa macam sedikit terasing. 

Mungkin kita berbeza dari segi rupa dan bahasa. Ya. Bahasa Sabahan ni memang agak lucu didengar. Bahkan waktu lagu Anak Kampung Jimmy Palikat mula-mula muncul dulupun, semua orang pakat-pakat gelak kerana keikhlasannya berbahasa. Oleh kerana Sabah terdiri dari banyak etnik, maka kami sendiri juga dibezakan oleh masalah bahasa. Kami di Pantai Barat dengan bahasa kadazandusun manakala di Pantai Timur pula lebih dengan bahasa Indonesia. Bahagian Utara pula dengan loghat Bajau manakala bahagian selatan kedayan dan Murut. Aku sendiri bila ke Semenanjung selalu pula diingat warga Indonesia. Tapi itu kalau aku diam-diamlah. Start saja aku buka mulut, terus dorang dapat detect aku orang dari negeri mana. Pakat bah Sabahan ku nih.....

Mungkin ini adalah sapa-sapa manja dari rakyat semenangjung untuk orang Sabah. Tapi secara peribadi  bagi aku benda ni tidak boleh dipandang remeh sebab kalau tersalah cakap depan budak, akan berakibat kurang baik. Anis sendiri misalnya waktu baru sampai ke Bangi pun disapa dengan ayat yang sama. Iyalah kan...dia kan belajar KT di sekolah. Surelah dia hairan kenapa kena cakap macam tu. "Dorang tu nda belajar sejarahkah mama? Kita kan orang Malaysia juga. Lainlah kalau kita dari Brunei atau Singapore, barulah layak kena cakap macam tu?" 

Hmmm....nanti alih-alih cikgu sejarah juga yang disalahkan....

0 comments:

Post a Comment