Sunday, December 2, 2012 | By: Luna Biru

Makan malam di Mawalis Yatch Club, Labuan

Gambar di sini 

Seronok malam ni sebab kena belanja oleh kawan lama Along, Kak Yati namanya, di Mawalis Yatch Club, Labuan. Lokasinya benar-benar tepi laut. Sayang hujan turun lebat betul jadi keindahan malam tepi pantai tidak dapat kami rakam dengan baik. 

Kami dihidangkan dengan dua set makanan iaitu udang butter, ayam sos tiram, sayur Sabah dan ikan stim. Sedap sangat! Harga pun berpatutan. Kalau di Sabah ni kompom lantak sampai RM500. 


Kak Yati, Along dan aku yang menyibuk di belakang


Malangnya anak-anak aku bukanlah jenis manusia yang menikmati makanan. Jadi hanya ayam saja yang diambil sementara yang lainnya dihabiskan oleh anak-anak Along. Memang jenis tidak bervariasi makanan langsung. Keinginan mahu mencuba pun tak ada langsung. Apppaddaa.....



Pun begitu, aku agak terhibur dengan keriangan yang budak-budak ni cipta sementara menunggu mak-bapak bergosip ria selepas makan. Sekali lagi aku tertoleh pada Anis yang mulai menikmati dunia kanak-kanaknya. Syukurlah....itulah makna percutian, kan? 

Kami balik dengan perut kenyang dan mata mengantuk. Sampai Beta aku mulai berleter itu dan ini pasal packing. Aku benci packing!

Truth or Dare game. 



0 comments:

Post a Comment