Saturday, December 22, 2012 | By: Luna Biru

Melaka : Aku & Abang Beca


Melaka dan Georgetown di Pulau Pinang telah diumumkan sebagai sebuah bandaraya bersejarah oleh UNESCO pada tahun 2007. Uniknya Melaka bukan hanya terletak pada struktur rekabentuk dan kesenian bangunannya tapi juga kerana ia masih menggunakan beca sebagai pengangkutan awam. 




Sekiranya anda pertama kali ke Melaka, maka sudah pastilah hati akan digamit-gamit untuk menaikinya. Sebuah papan tanda senarai harga ada diletakkan di hadapan Medan Selera, bahkan di beberapa tempat utama tarikan pelancong.  Namun papan tanda tersebut berdiri pada dua buah tiang yang agak tinggi dan tentu saja tidak sempat pun kita toleh.


Kepada yang pertama kali mahu menggunakan perkhidmatan beca, di sini aku nak ingatkan tentang satu hal yang boleh selamatkan poket korang dari rabak diterobos oleh sikap ramah si abang beca. Pada peringkat awal, biasanya abang beca akan tawarkan kita untuk mengelilingi Bandar Hilir dengan harga RM25. Kalau anda terima tawaran ini, saya ingatkan anda untuk tidak turun di mana-mana lokasi pelancongan yang ditawarkan oleh abang beca untuk bergambar. Memang mereka akan mengatakan bahawa mereka sanggup tunggu untuk kita mengambil gambar. Tapi korang kena ingat bahawa kalau jangka masa ini sudah mencecah ke satu jam, maka harga RM25 tadi sudah berubah kepada RM40! 


Oleh kerana pusat pelancongan di Banda Hilir berdekatan antara satu sama lain, maka saya nasihatkan agar tidak perlulah anda meminta abang beca menunggu anda. Apabila sudah sampai ke satu tempat, maka bayar sajalah abang beca tu dan kalau mahu naik beca lagi, tunggu sajalah beca seterusnya untuk mengambil anda. Ada beratus-ratus beca di sekitar Banda Hilir maka anda pasti tidak akan terlepas untuk menaikinya. Jadi amatlah tidak berbaloi untuk meminta satu beca menanti anda ketika anda sedang mengeksplorasi A famosa sedangkan masa anda sudah dikira dengan jam dan RM. 


Terdapat satu kes seorang pelancong dari Sarawak yang sudah kerugian beratus ringgit bila si abang beca menggunakan helah ini sementara dia sedang menaiki cruise selama 45 minit!. Bayangkanlah betapa malangnya si pelancong tadi bila mendapati yang dia terpaksa membayar harga menunggu si abang beca tadi sebanyak RM40 sedangkan harga menaiki cruise hanyalah RM5 seorang. Kalau nak lebih jelas sila lawat di sini

Macam-macam kisah orang  nak cari duit. Itulah gunanya google untuk memudahkan kita mencari maklumat. So pandai-pandailah ya....


0 comments:

Post a Comment