Sunday, December 2, 2012 | By: Luna Biru

Pantai Layang-Layangan, Labuan


Akhirnya sampai jugalah kami ke tempat yang boleh kupanggil 'hometown'. Not really hometown lah sebab aku cuma membesar di sini dari umur enam tahun sampai 10 tahun. 

Satu-satunya yang aku paling ingat di sini ialah bukit tinggi yang menjadi mercu tanda kepada taman ini. Selebihnya semua berubah. Malahan, tempat kami tinggal dulu pun kini hanya menjadi kawasan hutan yang lebat. Seolah-olah tidak pernah berlaku kehidupan manusia di sana. Ko-Nelayan benar-benar sudah jadi kenangan rupanya...





Kami menghabiskan seluruh petang di sini sebab inilah tempat terakhir yang akan kami lawati sekaligus penutup kepada lawatan kami. Hati bercadang mahu menunggu sunset malangnya tiada yang mahu meneman sebab sudah terlalu letih. Satay di sini teramatlah sedap. Lebih sedap dari di Kuala Penyu mahupun di Sipitang. Ni kalau Sundel Bolong lalu sini kompom tak toleh langsung ni ke belakang. Memang sedap! Tempahan 100 cucuk pun tak cukup untuk kami. Sampai gigi si Ade tercabut sebab telampau banyak makan sate. Haha...


Gigi geraham Ade yang kucabut menggunakan teori Mr. bean. 

Aku puji soal kebersihan tempat ni. Malahan, di sinilah aku jumpa tandas awam yang teramat bersih dan kering sampai kau boleh lepak-lepak dalam tandas. 


Bersebelahan dengan pantai ni terdapat kawasan SURRENDER POINT iaitu satu lagi tempat bersejarah bagi pulau Labuan. Surrender Point adalah tempat penyerahan bendera kekalahan dari Tentera Jepun pada perang dunia kedua. Terdapat sebuah batu besar yang menjadi monument di kawasan ini. Malang sekali lagi apabila sebenarnya tempat ini juga sedang dalam proses renovasi. Jadi aku pinjam gambar dari pakcik google untuk tatapan korang semua. 



Anjung Kebudayaan Labuan juga terletak di tempat ini tapi aku tak tahu apa fungsinya mungkin macam KKBS. 

Petang di Layangan pun berakhir dengan segala keindahan yang kami bawa dalam hati. Aku menyukai segala kenangan yang telah kami cipta di sini....

Jom balik woi....panatssssss......











0 comments:

Post a Comment