Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

Siapa kau, wahai Mr. Goldman?



Jiwa aku ni memang sudah tercipta dengan kehalusan dan kesenian serta sensitiviti yang cukup mulus sifatnya. Aku mudah merasa empati dan seringnya melihat dunia dari persepsi yang di luar kotak mahuku sendiri. Kadang aku boleh jadi ke tahap suka campur tangan atau menyibuk urusan orang lain. Lebih dari itu, aku punya rasa ingin tahu yang terlebih-lebih sampaikan aku hilang upaya untuk menahan diri untuk merasa malu untuk bertanya. 



Ini adalah kali keduaku bertemu dengan Mr. Goldman di Bukit Bintang. Kewujudan The Goldman ini sudah berlangsung sekitar setahun lalu. Kalau kita google, tidak banyak berita yang memaparkan kisah lelaki ini kecuali isu menangkapannya pada Ogos 2011. Aku difahamkan bahawa TV3 pernah membuat liputan mengenai dirinya tapi malangnya aku tidak menemukan berita itu di mana-mana. 

Kalaulah aku lebih lama di KL ni, sudah pastilah aku akan meminta nombor telefonnya untuk mewawancara kisah hidupnya. Kerja yang dipilihnya ini sangat mencabar rasa ingin tahuku untuk mencungkil latar belakang kehidupan peribadinya. Pelbagai soalan terbit dalam diri. Siapa sebenarnya The Goldman di sebalik glitter yang memenuhi setiap inci tubuhnya itu? Berita hanya memaparkan nama samarannya yang hanya mahu dkenali sebagai Elvis. Kononnya dia ada seorang isteri dan dua anak di Kedah. Ada pula lagi mengatakan bahawa beliau belum berkahwin. 

Kalau dilihat dari segi raut wajah dan suara, aku rasa encik emas ni sudah berusia orangnya. 

Aku tertanya-tanya; di mana dia tinggal? Jam berapa lagi dia bersiap dari rumah semata-mata untuk mencari wang di bumi KL ini? Berapa lama masa dia perlukan untuk mencat wajahnya  dan berapa lama pula masa yang dia perlukan untuk menanggalkannya? Macamana dia mandi wajib dan berwuduk kalau dia Islam? Apa perasaan anaknya (kalau dia ada anak) bila cikgu kat sekolah tanya pasal kerja bapanya? Mahukah dia mengaku yang bapanya bekerja menjadi The Goldman dan adakah kawan-kawannya akan ketawakan dia? Macamana kalau dia sakit, siapa yang nak sara keluarganya? Jiran-jirannya pula macamana? Adakah dorang tahu kerjayaya atau dorang sendiri pun tak tahu sebab The Goldman sebenarnya bersiap di tandas dekat Bukit Bintang? Pernah tak orang terfikir mahu melarikan tin duitnya yang dibuat dari tin biskut tu? 

Haha...kan aku dah kata...aku ni bukan main juga penyibuk, kan? Kalau aku jadi wartawan, konfirm aku dah lama kena tembak. 

p/s : Kenapa aku terpandang dia macam arwah Sudirman, ya? 

0 comments:

Post a Comment