Saturday, December 1, 2012 | By: Luna Biru

Botanical Garden, Labuan



Taman Botanikal, Labuan, terletak di belakang lapangan terbang lama dan hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit dari bandar. Belum pun sempat hilangkan penat mengejar anak di Muzium Marin tadi, kami sudah sampai pula ke sini. Oh...kecik betul Labuan, ni kan? 

Taman Botanikal sebenarnya dahulu adalah lokasi Rumah Kerajaan, ataupun dikenali oleh pihak tempatan sebagai ‘Bumbung 12’. Dibina pada tahun 1852, rumah tersebut merupakan struktur yang panjang dan rendah dengan rekaan atap yang menarik. Rumah tersebut punah semasa peperangan.



Dua taman kubur dijumpai di tanah Rumah Kerajaan dan adalah dipercayai bahawa ia merupakan kubur yang tertua di pulau tersebut. Salah satu daripadanya mempunyai kubur bertarikh 1847. Kubur-kubur ini dipindah dari Ramsay Point di pesisir pantai. Salah satu daripada dua kubur yang dipindahkan merupakan kubur Komander James A. Gordon dari HMS Wolf. Beliau hadir semasa penyerahan Labuan ke tangan British pada 24 Disember 1846 dan membantu pembinaan tanah. 


Kubur lain itu adalah kepunyaan Sarjan Adam C Sutherland bagi Marin Di Raja, yang telah terkubur dalam satu pergaduhan dengan lanun Balanin pada bulan Mei bagi tahun yang sama.

Terdapat satu lagi kubur menarik terletak pada sebuah permatang di hadapan Rumah Kerajaan dan ia adalah kepunyaan seekor anjing foxhound dinamakan Jim, dan merupakan peliharaan M.S MacArthur, Residen pertama pentadbiran Straits Settlement yang beroperasi daripada 1906 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua. Tarikh yang terpahat pada kubur Jim adalah 20 Jun 1908. Oh...untungnya inche anjing tu ye...







gambar di sini

Waktu kecil dulu pun abah pernah bawa ke sini. Tapi dulu tempat ni cuma ada sebuah tasik yang besar dan merupakan kawasan reakreasi yang sangat luas dengan padang rumput hijau yang aman. Sekarang tempat ini sudah begitu banyak mengalami perubahan yang lebih menarik lagi. Tidak ada satupun wajah yang kuingat lagi. 

Suatu hal yang juga menarik tentang Labuan ialah, di setiap pusat peranginannya, pasti ada taman permainan. Agak meringankan beban sedikit bagi kami para ibu-ibu sebab boleh lepak tepi playground. Oleh sebab tempat ni sangat luas maka kalau anda teringin ke sini, luangkanlah masa sebaiknya. Kami cuma sampai setakat taman permainan saja sebab tidak sanggup lagi untuk menjelajah jauh. Banyak lagi nih kawasan selepas ini yang bakal jadi sasaran. 



Taman Botanikal adalah satu taman rekreasi dengan pokok tua dan pelandskapan indah. Ia juga mempunyai cerita-cerita yang mempesonakan!







0 comments:

Post a Comment