Saturday, December 1, 2012 | By: Luna Biru

Muzium Marin, Labuan


Suatu hal yang memeranjatkan tentang Labuan adalah tidak terdapat bayaran masuk yang dikenakan di semua tempat lawatan. No admission fee cause it's all free! Jadi, sangat jimat bajet terutama jika anda membawa rombongan keluarga yang besar!

Muzium Marina Labuan diadakan sebagai satu langkah untuk memelihara warisan laut berharga Labuan. Ia bertujuan untuk member maklumat dan informasi mengenai kehidupan lautan pulau tersebut. Melangkah saja masuk muzium ini, ia membuka dunia lautan penuh warna dengan pemandangan panoramik ikan-ikan dan koral yang hanya terdapat di dasar laut. 


Jambatan logam

Muzium ini dibina dengan konsep kapal bersama dua tingkat pameran. Ia menerima pelawat melalui sebuah jambatan logam. Akuarium-akuariam ungu biru jelas memperlihatkan kepelbagaian jenis kehidupan marina seperti jerung, ‘rays’, ‘butterfly fish’, ‘angel fish’, ‘damsels’, ‘wrasses’, belut ‘moray’, ikan-ikan beracun, udang dan udang kara.

Pelawat akan juga mendapat pengalaman luar biasa untuk menyentuh dan merasa pameran yang diletak di air cetak seperti tapak sulaiman, gamat dan ketam.

Acik yang sedang berkomunikasi dengan belut 
Udang kara


Pameran di tingkat dua termasuk habitat terumbu karang, habitat jerung dan ‘rays’, reptilia lautan, ikan-ikan komersial, mamalia lautan, ‘marlins’, aktiviti-aktiviti memancing dan menyelam, oceanografi, biologi marina, ‘molluscs’ dan ‘crustacean’.

Kepada anda yang mahu membeli souvenirs, bolehlah membeli di kedai sourvenirs yang terdapat di sini. Tapi jangan datang pada jam makan tengahari sebab dorang akan tutup selama sejam. Jadi kami pun terlepas peluang untuk membeli sebab tak sabar mahu tunggu dorang buka kedai balik. Apppaddaaa.....

Rekabentuk kapal
Abe yang sedang merenung tapak sulaiman

Lebih menarik lagi ialah lokasi Muzium ini terletak di Ramsay Point iaitu sebuah tempat yang sangat bersejarah bagi pulau Labuan. Ramsay Point merakam dua sejarah penting iaitu pertama; saat Kerajaan British memacakkan bendera tanda termeterainya perjanjian persahabatan dengan Sultan Brunei dan Raja Muda Hashim. Kedua, ia juga merupakan medan pendaratan tentera bersekutu ketika melancarkan serangan ke atas Jepun yang telah menakluk Pulau Labuan.  

oh...penat betul menengok pameran ikan di sini. Kalau ada rakan ada yang bagitau tempat ni macam aquaria, jangan percaya ok...





 Selepas ini pemandu pelancong kami yang hensem dan percuma itu akan bawa kami ke Botanical Garden pula.

0 comments:

Post a Comment