Tuesday, December 25, 2012 | By: Luna Biru

Misi Kembara : Restoran Singgah Selalu, JB

11 Dis 2012 (Selasa)

Hari ke-6


Adik aku Halim diserang demam panas sementara kami pula diserang malas. Seharian lepak di rumah sambil layan-layan mata adalah aktiviti sekali-sekala yang mengenjoykan untuk dilakukan. 

Malam barulah kami keluar ke Danga Bay tapi itupun tiada apa juga yang boelh dilakukan selain melambai kota Singa di hujung sana. Jarak dari sini ke sana sekitar 1KM. Kalau aku berenang ke sana dan pura-pura amenesia ok kot. Tinggal semalam di lokap Singapore pun kira ok juga. Mana ada orang Takis pernah kena tahan di lokap Singapore. Ngeh....




Akhirnya kami bantai makan di Restoran Singgah Selalu yang famous dan besar tu. Restoran ni menyediakan pelbagai jenis masakan dari melayu, arab, western, India bahkan Chinesse sekalipun. Kedai cendermata dan runcit pun ada sekali. Paling best sebab ada band live dari kumpulan yang aku tak sempat nak tanya namanya. So macam biasa, aku yang kental dengan semangat keSabahan pun request lagu Anak Kampung. Nah...apalagi deh....meriahlah suasana sama macam waktu di A Famosa hari tu...



Waktu pulang Anis tanya kenapa mana-mana tempat kita pergi semua orang boleh happy dengan kita. Siap-siap boleh kasi makan ais krim percuma dan boleh lagi kasi diskaun gila-gila. Aku pun perasan juga. Tapi mungkin sebab bila kita happy, jadi kita pun salurkan aura happy itu pada orang lain. Sama macam bila kita bengang, kita salurkan aura negatif pada orang lain. Atau mungkin juga sebab orang tengok kami ni asyik tergelak bagai orang sakai jadi orang kesian tengok kami. Haha....Tak tahulah mana satu. Yang pastinya, aku percaya, kegembiraan itu dibawa oleh hati dan terpancar pada wajah.



Esok cadangnya mahu balik KL. Rehat dulu.



0 comments:

Post a Comment