7 Dis 2012 (Jumaat)
Hari kedua.
Arin di lobi hotel Golden Palace |
Kami pun check-out dari hotel Golden Palace dengan perut kosong sebab hotel ni tidak menyediakan pakej sarapan. Terpaksa pula menapak lebih kurang 10 minit menuju ke perhentian bas/teksi di depan Times Square dengan luggage bag which is really not a good experience at all.
Perkara pertama yang perlu dilakukan waktu ini ialah mencari hotel di kawasan utama Bukit Bintang sebelum beraksi ke peringkat seterusnya. Malangnya aku bukanlah hafal sangat peta Bukit Bintang ni jadi sungguhpun aku agak menghafal nama-nama hotel di sekitar sini tapi aku agak kalut untuk mengingat jalan. Akhirnya kami jumpa abang teksi yang bernama Arwin yang sudi bawakan kami ke menuju ke destinasi. Arwin ni bangsa singh dan mukanya iras-iras dengan Bront Palare.
Hotel Bintang Warisan menjadi destinasi seterusnya. Lepas check-in, Arwin bawa kami makan di Restoran Mamak depan Motel Anjung KL. Oleh kerana aku bukanlah penggemar masakan mamak yang kuat berempah, maka aku cuma pilih untuk makan maggi kari saja. Ceh...jauh-jauh datang KL makan maggi je der....
Arwin tawarkan kami jadi tourist guide walaupun hakikatnya aku bukanlah perlukan sangat khidmat bakti dia. Lagipun, sekarang ni pun kami berada di kawasan Bukit Nanas jadi agak senang sikit bermonorail untuk ke mana-mana. Tapi disebabkan aku mahu menyimpan dulu trip ronda-ronda KL sampailah Anis pulang nanti, maka kami pun terima jugalah pelawaan Arwin.
Disebabkan kami pun tak tahu nak ke mana, maka Arwin cadangkan agar kami ke Batu Caves. Hmmm...boleh juga. Lagipun aku tak pernah ke sana. Walaupun kawan aku yang sudah lama duduk KL ketawakan aku sebab dia sendiri tak pernah jejak kaki ke tempat tu. Tak kisahlah. Itu namanya melancong kan? Untuk pengetahuan korang, Mak Senah, Mak Ngah, Pak Mail yang duduk di Takis ni pun kalau first melawat KL, konfirm pernah ke Batu Caves. Jadi pada hemat aku, melawat Batu Caves ni memang sudah jadi kemestian untuk pelancong macam kami ni ha....ala...macam Gunung Kinabalu tu la...orang luar sibuk panjat kita rakyat Sabah pandang sekali lalu je....
Ok...ikuti perjalanan kami di Batu Caves seterusnya...
0 comments:
Post a Comment