08 Dis 2012 (Sabtu)
Hari ke-3.
Sekali lagi kami menggunakan khidmat Arwin's Daddy untuk menghantar kami ke Bangi.
Berpusing-pusing juga kami mencari alamat ABADI yang sampai ke sudah sesat-menyesat entah ke mana. Teksi Arwin pula tiada GPS dan nasib baiklah talian celcom di Tablet yang sudah lama dihentikan dapat diaktifkan semula. Setelah hampir sejam menyasar entah ke mana, akhirnya kami jumpa juga lokasi tujuan.
Begitu melihat Anis, aku hampir tersedak melihatnya yang jauh kurus berbanding 8 hari yang lalu. Pasti dia melalui training yang teruk sampaikan badannya boleh turun secara drastik. Kalau lagi sebulan kan bagus, boleh juga dia turun lebih baik dari sekarang. Hehe...
Rasa rindu pada Anis terlepas sudah begitu kami saling berpelukan. Aku melihat sebuah karakter tegar dan semangat baru dalam mata Anis. Sebagai ibu, aku selalu merasa teruja bila melihat anak-anakku mampu mandiri dan menemukan kepercayaan diri. Sekurang-kurangnya ia membuat aku sedikit lega kerna kalau besok aku mati, aku tahu mereka boleh survive sendiri.
Anies a.k.a Reena with coach Jimmy |
Keputusan hasil latihan ini samada terpilih atau tidak ke UK akan diberitahu dua minggu dari sekarang. Mudah-mudahan Anis terpilih. Apapun, aku menerima feedback yang cukup memberangsangkan dari coachnya. Oya, di kem bola ni Anis lebih dikenali dengan nama Reena. Menurut Anis, dia senang sekali dengan nama barunya ni sampai dia meminta aku memanggilnya dengan nama itu.
Anies with Sabah team |
Namun agak malang bila Arin tidak melakukan seperti apa yang dijanjikannya. Rancangannya, Arin sepatutnya terus menegur Anis sebagai langkah ice-breaking. Tapi mungkin sikap Anis membuatkan Arin ogah untuk bertindak. Aku cepat-cepat mengusir pergeseran yang mulai berlaku dalam hati kerana tidak mahu merosakkan keadaan. Tak apalah. Nanti-nanti aku akan betulkan balik. Bukankah misi kembara ini tujuannya untuk mengeratkan mereka 'dua beradik' kembali?
Ok. Cukup. Jangan dirosak ceria ini. Selepas ini kami akan terus ke TBS untuk menuju ke JB.
1 comments:
Bdak takis bai tu!!! haha,, anyway congrat danisya
Post a Comment