Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

Melaka : Cari-cari makan

Masih di hari ke-4


Sebaik saja tiba di bumi Melaka, kami 5 beranak termasuk si Halim terloncat-loncat kegembiraan. Mana taknya, hati macam teruja sangat tengok senibina Banda Hilir Melaka yang ala-ala San Francisco. Beca-beca yang indah dihias dengan soud system yang mantap-mantap menjadikan bandar ini kelihatan sangat unik berbanding mana-mana bandar di Malaysia.


Tempat letak kereta

Kami meletakkan kereta di satu kawasan atas bukit dekat Hotel Aldy. Kami cuma perlu beli tiket berharga RM5 untuk membolehkan kami parking sepanjang hari.

Cuaca panas terik di bandaraya kecintaanku ini agak sedikit menganggu keghairahan hati yang berbunga-bunga untuk bercuti. Perutku mula cari makan dan aku cadangkan agar kami makan saja di cafe Hotel Aldy sebelum kami bergerak melakukan aksi lawatan. Masakan ala-ala western dengan harga patut tertera cantik dalam banner depan cafe. Malangnya cadanganku ditolak sebab abang beca yang menawarkan perkhidmatan becanya tu kata ada sebuah medan selera tak jauh dari situ yang jauh lebih murah dan sedap.


Hotel Aldy

Medan selera yang dikatakan abang beca tu is kind of food court yang bercampur dengan gerai souvenirs. Suasana agak sesak bukan saja kerana ramai manusia tapi juga sebab kawasan dalam tu sememangnya sempit. Aku dah kata aku tak suka food court sebab kita kena ambil masa untuk menunggu makanan dalam keadaan yang tidak selesa. Kalau restoran kan senang. Boleh duduk dan order. Lepas tu tunggu saja sampailah pelayan hantar makanan. Kebengangan hati pun ditambah lagi bila makanan masakan melayu yang ditinjau dari satu gerai ke satu gerai semuanya pelik-pelik baik dari segi muka dan resipinya. Pun aku dah kata aku tak makan semua masakan berempah dengan lada merah yang dikisar macam ni. Abang pun mulai berkerut dahi sebab mee goreng yang diordernya juga terasa sangat pedas. Tiba-tiba aku teringat Cafe di Restoran Aldy tadi yang menyediakan masakan Western dan Chinese...

Beli topi di kedai 'Admin garang'/

Selesai makan kami pun mulai mengatur startegi kembali. Perkara pertama yang hendak dilakukan adalah sewa beca sekejap sekadar untuk keliling kota. Aku sudah baca amaran pasal abang beca yang suka bermuslihat mengenakan pelancong di Melaka ni di sini. So kena hati-hati. 

Tapi mungkin juga sebab sudah terlalu banyak komplen, abang beca yang kami temui di bawah berterus-terang tentang harga letak yang dikenakan adalah sebanyak RM40 sejam. Wu...dua beca sudah RM80! Kelas kau Maria....Sama macam harga teksi si Arwin di KL. 

Ok...stay tune...


0 comments:

Post a Comment