Thursday, December 20, 2012 | By: Luna Biru

Misi Kembara : Sepetang bersama Arwin & Daddy

Ia adalah sebuah pengalaman yang menarik berkenalan dengan seorang pemandu teksi bernama Arwin. Arwin berbangsa singh dan merupakan seorang penganut Buddha.

Perkenalan dengan Arwin dan Daddy-nya, membuka suatu ruang dalam kotak pemikiranku. Banyak isu yang diperbincangkan yang sebahagiannya agak membekas sedikit untuk sama-sama difikirkan.

Soalan Pertama; 

Soalan ini mungkin agak menyentuh sentisitiviti rakyat Sabah. Tapi, mengapa rakyat Sabah tetap memilih BN sedangkan setelah 20 tahun BN memerintah, Sabah hanya maju dari segi komersial resort? Sungguhpun hampir sebahagian harta Sabah telah diteroka dan dicungkillonggokkan ke kerajaan pusat, hinggakan jalan raya di Sabah masih di tahap mudarat, tapi rakyat Sabah tetap memahat setia pada BN?


Jawapannya: Kerana sebelum ini Sabah jauh lebih mundur daripada apa yang ada sekarang. Sejak BN memerintah, jalan raya Weston-Sipitang sudah diupgrade dan tidak lagi berbatu-batu macam dulu. Sungguhpun sejak BN memerintah resort tumbuh macam cendawan di Sabah, tapi ia sebenarnya membuka peluang kepada rakyat tempatan untuk mengembangkan potensi diri dan bekerja tetap. Ini bukan soal taat setia. Tapi kami rakyat Sabah sudah pernah melalui satu fasa yang lebih teruk sebelum ini. Jadi kami lebih tahu membuat perbandingan dan kami lebih tahu mana yang lebih membawa manfaat kepada negeri kami dan diri kami secara amnya. 


Soalan kedua:

Mengapa masalah jenayah dan gejala sosial yang berlaku di Malaysia lebih dipelopori oleh golongan melayu islam? Kenapa golongan melayu islam lebih mudah terjebak sedangkan mereka ini sudah dididik dengan agama dari kecil lagi. Ke mana perginya segala ajaran yang diterap itu sejak kecil? Adakah kerana penerapan ini dilakukan secara paksaan hinggakan kanak-kanak itu tidak dapat mencernanya dengan baik? 

Soalan ketiga:

Kenapa prestasi sekolah SJK samada SJKC atau SJKT jauh lebih baik berbanding  SK? Kenapa kaum cina lebih mampu mendapat gred baik dalam Bahasa Melayu sedangkan bangsa melayu sendiri gagal menguasai pelajaran ini? 

Soalan keempat:

Mengapa wujud perbezaan pendekatan baik dari segi kaedah mahupun methodologi di sekolah SK dan SJKC hinggakan pada akhirnya kedua jenis sekolah ini melahirkan dua individu yang berbeza dari segi pemikiran dan sikap? 

Kesimpulan: 

Baiklah. Itu cuma sebahagian. Aku cuma mampu nak tulis jawapan aku pada soalan nombor satu saja pasal aku pun sudah malas nak tulis balik hasil perbidasan kami. Aku pun bukan jenis manusia yang pandai berhujah dan aku selalu gagap bila cuba menyampaikan sesuatu yang berlandaskan fakta benar. Tapi aku sangat pandai berdialog apalagi kalau dialog itu dijalankan secara ilmiah. Kau tahukah beza antara berbahas dan berdialog?

Tapi jangan salah faham ya. Soalan-soalan ini ditujukan bukan dalam genre yang mencabar kemarahan. Ia lebih bersifat ingin tahu dan ianya ditutur dengan sangat beradab macam seorang pengerusi majlis forum al-Islam. Kami pun menerima soalan-soalan itu dengan lapang dada dan tidak pula soalan itu menimbulkan kemarahan mahupun mencabar kewibawaan. Macam yang aku cakap tadi, perjalanan sesi ini lebih kepada dialog ilmiah dan bukannya perbahasan untuk mencari siapa menang dan siapa yang lebih baik. 

Jadi aku tinggalkan soalan ini di sini untuk kamu-kamu diterokai dan jawab sendiri. Masing-masing ada persepsinya. Apapun, bijaksanalah dalam menerima sesuatu soalan yang di luar jangkaan. Serta, pandai2lah membezakan mana soalan mempersenda dan mana soalan yang benar-benar ikhlas. 




Nota : teringat kisah paderi dan ulama di zaman khalifah uthmaniyah dulu....


0 comments:

Post a Comment